Friday, December 11, 2015

Nota Sebelum Hamil



Nota ini tulisan aku masa masuk bulan kedua perkahwinan. Cerita lama. Sekarang dan bulan ketujuh perkahwinan pun =.=’

 ****


Entri ini kena keluar. Memang wajib keluar. Sebab ini adalah satu cerita masam manis pernah terjadi dalam hidup. Aku dah sebulan lebih menjalani kehidupan sebagai seorang isteri. Akad nikah 29/5/15, 31/5/15 kami bersanding. Dan hari ketiga selepas bersanding, 3/6/15 suami dah ajak tinggal di rumah sendiri. Kena tulis date sekali, baru jadi cerita hari-ini-dalam-sejarah. Dan bermulalah kehidupan aku sebagai isteri 100% kepada dia. Punya happy aku memasak, membasuh, mengemas dan menyayang suami. Ewahh. Alhamdulillah suami dah siapkan semua keperluan rumah kami sebelum kami berkahwin. Jadi nak menjalankan tanggungjawab itu agak senang lah, tinggal nak beli barang dapur ja. Alhamdulillah, buat kesekian kalinya. Bersyukur aku punya suami seperti dia. Hari hari aku jatuh cinta dengan dia tau! Muahh!


Dan bilamana dah menjadi isteri aku mula menggediks nak menjadi ibu. Hah kau. Maka bermulah episod berangan sebagai ibu hamil lewat minggu ketiga kami kahwin.  Perasan. Haha. Aku perasan dari jerawat aku tumbuh secara berleluasa. Bukan nak puji diri tapi kulit aku jenis yang bersih licin jerawat nak naik pun malu malu sekali lepas kawen jerawat naik macam baru lepas kena siram dengan kuah kacang. Punya melampau. Masa tu aku pulak aku rasa sakit kepala hari hari. Hari hari tau sampai hari ini pun pening lagi. Mungkin jugak efek tak cukup tido dengan tambah puasa lagi. Aku ikutkan ajelah sakit kepala ni, makan ubatnya tidak. Dengan mengantuk yang tak boleh nak kawal, eh serius tau..aku pegi keja 8.30 pagi, pukul 10 pagi dah rasa nak lelap, belum kira pukul 11, 12, 3, 4 ahhh stress haku tau! Untuk beberapa kali pada waktu paginya aku mengalami kembang tekak tidak serius. Sekadar acah acah macam tu je lah..dan acah acah tu lah yang aku berlakon mcam teruk gila dah depan suami. Hehe. seronok dapat suami penyayang nih. Ahhhh~ seterusnya aku mengalami kentut kentut tidak teratur, dah kau kenapa? Perut asyik masuk angin lepas tu kira nak melepas je. Malu. Mujur kentut bunyi slow. Dua tiga hari lepas aku demam, demam yang pelik bagi aku. Aku tak rasa sakit demam tu, aku cuma rasa panas. Akibat daripada satu2 benda yang terjadi tu lah aku jadi sensitif tak hagak hagak. Apa je aku buat semua aku kaitkan dengan simptom membawa budak. Padahal hamil ke tidak aku tak tahu pun lagi.....sampai la satu hari aku buat UPT. Dan keputusannya negatif. Tapi aku tak la frust mana pun cuma terkilan sebab terlebih perasan. Untuk kali kedua aku buat lagi UPT. Satu line jugak keluar, tapi lepas 3 jam dia tukar jadi dabel line. Macam best kan? Tapi aku dah macam zombi kau tahu..naluri dalaman aku bertingkah dengan dasat, dan akibatnya aku letih sendirian. balik kerja aku cerita kat suami. Dia tenang je. Ada ok, tak ada isi pun ok. cool giler kan husband aku nih?? Haha muahh. Dia kata kalau nak ada pun boleh jadi, tak ada pun boleh jadi jugak, lagipun baru sebulan kan kawen. Huahhhua. Dan esoknya aku datang period. Nanges +___+ aku tak mengandung rupanya. Simptom simptom je melampau. Ciss~ tapi period aku cuma datang empat hari. Mula la aku cuak. Kalau korang cuak tak? petanda apakah ini. Lalu aku terus jadi gila mengugel cerita cerita orang hamil ni. Aku bunting pelanduk tak? Tengok, walaupun period, tapi harapan tetap membukit tahu..haha. Perasan tahap petala dua belas dah ni! Kihkih. Sekian. 

****

Sekian. Habis cerita. Cerita masa belum diberikan rezeki terindah itu. Rezeki kami di bulan ketiga perkahwinan. Alhamdulillah :) Bila aku check balik incik gugel kenapa aku rasa macam mengandung dulu padahal tak mengandung, rupanya itu adalah tanda tanda yang berlaku akibat perubahan horman dalam badan, kan hormon kita dah bersatu dengan hormon suami, jadi badan perlulah beradaptasi dengan dunia baru.

Saturday, March 28, 2015

After A Year


Hai! Assalamualaikum :)

krik krik~ Satu entri untuk anda tahu saya masih di bumi, masih sihat alhamdulillah dan masih ingat dia adalah seorang blogger. haha.

Ok. Saya dah bertunang. Haa nampak tak kalutnya disitu. Masuk masuk terus cakap pasal bertunang. haha. Sebab sekarang aku tengah gila berDIY untuk majlis kahwin. Doakan inshaAllah. Tak lama dah..tak lama dah..lompat bintang tinggi tinggi! Ewah punya straight to the point. Maaf aku jadi kaget kok bila ngakk lama menulis..haha. Dulu aku beria nak cerita pasal majlis pertunangan aku tapi biasalah roti pun boleh basi apatah lagi semangat nak menulis haha langsung terkubur bila aku balik malam letih lupa dunia dan belog. ish.




Saya juga bukan lagi seorang pensyarah. Sudah lebih setahun bekerja sebagai eksekutif dalam bidang HSE. ewahh. sudah setahun lebih yaa..haha. belum terniat nak cari kerja lain sebab belum berniat lagi bos sudah pangkah itu niat awal awal..u sudah kena bonding, u duduk sini diam diam. dan aku akan menjawab ok boss! naive sangat tau =.='

Selamat berhujung minggu. miss u all!

Inilah namanya entri sepatah-dua-kata. Ok la kan. Janji rindu sudah bebas. Hehehehe.

Thursday, January 30, 2014

Nota Cinta Buat Mel


Nota cinta ini saya dedikasikan buat sahabat baik saya, Mel.
Almarhumah Nor Shamila Abdul Yazid.
18 Febuari 1989-28 Januari 2014


Nota cinta yang saya sediakan lewat ketiadaan empunya diri lagi di dunia ini. Walaupun beliau tidak membaca tulisan jiwa jiwa ini, tapi insan insan yang menyayangi beliau ada untuk membacanya.


Saya bahasakan beliau sebagai Mel. Maaf saya seperti sebak mahu menggunakan perkataan arwah. Dia kawan saya semasa di UKM. Dialah kawan, dialah besfren, dialah hosmet, dialah rumet. Allah pinjamkan dia kepada saya lebih kurang 4 tahun lebih, memang singkat waktu itu, namun cukup untuk menjentik sayu dan rindu di hati ini. Dan saya pasti bukan saya sahaja yang rasa, malah ramai orang. Seorang gadis yang baik, hilangnya dia pasti terasa. Tiadanya dia pasti menggamit pilu.

Inilah beberapa rentetan kisah yang saya ada semasa hayatnya, lewat lewat hari terakhirnya di dunia ini. Pernah beberapa kali saya bawakan kisahnya dalam blog ini, tapi inilah satu satunya entri yang saya sediakan semuka untuk dia. Mel, sahabat terbaik saya dunia akhirat.

07 November 2013. Saya dikhabarkan tentang keadaan Mel yang mula sakit sakit. Dia sendiri yang maklumkan kepada saya tentang keadaan dia. Itupun sudah kali ke dua dia masuk wad. Saya tanya dia sakit apa, dia tak bagitau..sehinggalah beberapa kali mendesak, dia maklumkan yang sakit hidung berdarahnya mula melarat, dia muntah muntah darah. Itu sahaja. Dan selepas itu saya kembali sibuk dengan dunia saya. Kejam bukan T____T

05 Januari 2014. Mel bagitau dia masuk wad lagi. Ok, saya noted. Dan lepas tu saya sibuk balik dengan kerja saya. Nangis T_________T

08 Januari 2014. Saya baru teringat pada Mel. Facebooknya lain macam, penuh dengan doa doa agar dirinya sihat. Ya Allah, Mel sakit lagi? Saya hubungi kakaknya dan dimaklumkan yang Mel masuk wad lagi sekali. Kawan baik masuk wad dan aku boleh gelak golek golek tengok Runningman. Maafkan Ella Mel.....

11 Januari 2014. Saya ziarah Mel di hospital. Berserinya wajah Mel :) Masa ini Mel dah kurus macam saya. Pandai betul dia jaga badan. Saya dengar kisah kisah tentang Mel dari keluarga Mel, dan saya tahu masa tu Mel memang sedang mengalami sakit yang luar biasa teruknya walaupun pihak hospital belum sahkan sebarang penyakit pada Mel. Tapi senyuman manisnya masa tu mematikan anggapan kita semua yang dia sedang menderita. Tabahnya seorang Mel ini. Masa ziarah tu jugak, kami dikhabarkan yang Mel boleh keluar hujung minggu ini. Yeahhh Mel saya semakin sihat :) Alhamdulillah.



Tapi rupanya 11 Januari ini lah hari terakhir saya memeluknya, saya melihat senyum ketawanya. 
AllahuAkbar.

Minggu depannya Mel bagitau yang dia tak boleh keluar wad lagi sebab katanya ada kalenjar pada lehernya perlu dibedah. Tapi operation tu tak jadi dibuat. Alhamdulillah. Masa itu memang fikir Mel akan baik seperti sediakala. Dan lepas tu, saya update perkembangan Mel setiap minggu. Saya call dan saya sms. Saya berusaha dahulukan Mel. Alhamdulillah, saya tidak sia siakan masa yang saya ada dengannya lewat lewat harinya. Terima kasih Allah atas jentikan naluri itu. Terima kasih. Nanges.

15 Januari 2014. Saya call Mel tanya khabar. Inilah hari terakhir saya dengar suara arwah. Ya Allah, kenapa dia masih ketawa macam biasa bila saya buat lawak, padahal dia tengah sakit kuat.

16 Januari 2014. Mel sms saya. Katanya dia dah habiskan nasik satu pinggan hari tu. Hehe. Saya senyum sahaja. Saya tak reply pun. Kalaulah saya tahu inilah sms terakhir dari Mel....

26 Januari 2014. Kakak Mel hubungi saya. Maklumkan yang Mel telah didiagnos dengan Kanser Pendarahan Hidung/Nasopharyngeal Carcinoma dan akan jalani kemoterapi. Berdebarnya saya masa tu hanya Allah yang tahu.

27 Januari 2014. Saya pakat dengan Beton untuk maklumkan pada semua orang akan keadaan Mel. Maafkan kami sebab kami ingat Mel akan sihat, tapi ini aturan Allah. Kami mohon agar semua orang titipkan doa buat Mel. Ralat seketika bila kami dapat tahu yang Mel belum tahu dia ada kanser. Allahuakbar.

28 Januari 2014. Mel kritikal. Dia nazak. Doktor berusaha sehabis daya menyelamatkan Mel. Organ dalaman Mel dah rosak teruk. Seluruh peparunya dah kena jangkitan kuman. Kanser Mel masa tu dah tahap 4. Doktor pun dah bagitau yang malam ini adalah malam penentu segala galanya. Andai Mel kuat, akan ada esok untuknya, tapi kuatkah Mel untuk terus hidup andai ada ketaknormalan pada fungsi organ dalamannya? Masa tu jugak doktor maklumkan yang tubuh Mel sebenarnya ada komplikasi Lymphoma advanced stage (Maaf saya tak dpt byk info pasal ini or lebih tepat saya dah taknak ambik tahu derita Mel). Memang tubuh Mel dah tak kuat nak lawan penyakit. Saya dan kawan kawan berlapang dada, menerima apa sahaja yang terbaik yang Allah aturkan untuk Mel. 

28 Januari 2014 (2.26 pagi). Dari Allah kita datang, dan kepada Allah jualah kita kembali. Mel pergi menghadap Ilahi. Dengan tenang, bersaksikan mak dan ayahnya. Inilah yang Allah aturkan paling indah buat Mel. Dia pergi bagaikan seorang bayi, yang langsung tidak tahu apa sakitnya, yang habis dosanya kerana dikaffarah dengan sakitnya itu. Al-Fatihah.

*******************************

Mel, dia gadis baik. Dia bukan orang yang suka susahkan orang lain. Dari dia sihat sampailah dia sakit. Doktor dan nurse juga senang menjaga dia. Dia akan buat ikut kemampuannya. Tapi Mel bukan macam orang lain, dia tak mampu jalan jauh jauh. Dia tak boleh panjat tangga tinggi tinggi. Dia tak boleh kena panas. Dia kena pantang makan. Dia bukan seaktif mana, tapi dia berkawan dengan saya yang aktif, yang suka menggunakan tangga berbanding lif, yang suka berjalan dari naik bas. Salah saya Mel. Nanges lagi.

Mel,
Kami pasti rindu celotehmu, ketawamu, latahmu. Yaa..dulu saya selalu marah Mel sebab Mel kuat melatah haha. Melatah pulak yang bukan bukan. Pastu marah dia sebab dia jalan lambat, selalu kena tinggal kat belakang. Pastu dia suka tangkap gambar. Sikit sikit nak bawak kamera, ambik gambar lepastu sibuk nak upload dalam fesbuk. Sebelum upload dia edit edit dulu. Aduhai rajin sangat!

Andainya saya tahu lelahnya, penatnya, semputnya, pantangnya, sejuknya itu petanda dia bakal menderita, saya tatang dia bagai bayi. Mel..rindunya ella kat Mel. Hiris bawang lagi.

Semasa menghadiri majlis pengkebumian Mel di Pendang, saya menangis. Semua orang menangisi pemergian dia, saya tahu. Tapi tangisan saya atas rasa keinsafan dengan kuasa Allah bahawa ajal tidak mengira waktu dan usia, bukan atas rasa kehilangan. Sebab dalam keadaan kurang waras pada hari itu, saya seperti rasa bukan Mel yang terbujur kaku itu, saya tak rasa dia. Benda ni berlaku terlalu pantas. Saya tak percaya langsung, walaupun saya kenal itu tuala Mel, itulah jugak kain batik Mel. Allahuakbar.


Sampailah suatu waktu, saya kembali pada waras yang relevan, saya menangis teresak esak. Saya baru tersedar akan suatu hakikat, Mel telah mendahului saya dan saya tak akan jumpa lagi Mel selepas ini. Itupun selepas saya sudah kembali ke Taiping. Menangis.

Terima kasih Ya Allah, kerana kau pinjamkan seorang insan yang baik ini kepada kami, menjadi sahabat kami, mencipta memori bersama kami, membuatkan hari hari kami manis bila bersamanya.


Wahai insan kesayangan ramai, damailah engkau, tenanglah engkau di sana. Berbahagialah engkau bersama orang orang yang beriman. Sungguh demi Allah, aku rindu kau Mel.

Truly,
Your Ell.

Sunday, January 26, 2014

Tentang 2014


Ini tulisan yang terlakar atas desakan hati yang menggila sebab lama tak menulis. Perr.

Sebenarnya ada benda dalam hati. Yang nak melonjak keluar sebagai tulisan jiwa jiwa, tapi tak tahu amende benda tuh, tak tahu amende nak tulis. Tak tahu! Tapi kalau tak tulis sakit T_________T

Baiklah. Kita kembali ke jalan yang benar. Saya masih setia dengan kerjaya 7 bulan yang lalu, seorang pensyarah yang comel dan gagah. Masih menulis namun bukan pada blog tapi pada slide. Hahah. Banyak benda pahit berlaku dalam hidup lewat ini. Memang kalau orang tengok aku, memang orang kata aku pulun. Ikut kata hati la kan, aku sayang, aku redah je. Macam aku suka orang tu, aku redah jugak. Walaupun redah aku tu luar alam.

Sekarang ini, aku cuma fikir satu. Seriously dah malas sangat dengar cakap orang. Aku nak dewasa dengan cara aku, berinspirasikan orang orang yang punya hati. Kalau orang tu boleh buat aku macam tak ada hati, aku pun boleh reply balik. Tadahal. Tapi aku tak pandai berdendam. Adoi.

Sedikit kenangan-lalu-mengusik-jiwa dari catatan Konvokesyen Oktober 2013.




 Tak perlu perkenalkan. Dua cinta yang akan aku setia sampai akhir nyawa. Terima kasih.




Hari yang aku buat muka riak dan bangga sepanjang masa.haha.
[Mel-X-Beton-Ain-Jeni] 



Yang manis manis harus dipotretkan di tempat yang indah :)
[Jeni-Yan-X-Zihan-Beton @ Saujana Hijau, Presint 11]


Ini masa hadapan. Belum mengusik jiwa, tapi cukup mengajar jiwa untuk dewasa.





Dulu tak pernah terdetik mahu menjadi lecturer. Cuma mengambil kesempatan atas peluang yang ada. Alhamdulillah. Aku sudah jatuh kasih dengan dunia sebegini. 


2014. 
Tahun aku bercinta.
Doakan aku.
                                                                       

Tuesday, August 13, 2013

Ramadhan + Syawal


Ramadhan + Syawal. Puasa + Raya. Amboih kemain buat satu entri combine dua tajuk!! haha

Memang puasa dan raya kali ini saya banyak cerita. Banyak. Gila. Tapi saya tak tahu nak cerita apa. haha

Saya dah kerja dekat dua bulan. ihiks. dan raya hari tu dapatlah merasa memberi duit raya pada adik beradik, tok nenek, dannnnn paling best bagi pada mak dan ayah. yeah seperti ada satu guni kabu berat gila atas bahu tetiba dah hilang saat bagi duit raya pada mak dan ayah :) best moment. Alhamdulillah. Sebenarnya itu duit gaji pertama saya, dan selepas ini pun memang akan ada duit raya untuk mak dan ayah, cuma ini adalah festime ever n ever *lompat bintang paling tinggi*!! well.sebak.ok nak p hiris bawang sat. Sebak tau! Rezeki Allah bagi kali ini indah sangat sobsob. Sayang Allah!

Dan result exam paling terakhir pun dah keluar. Result maintain comel. Alhamdulillah. Tamat dengan kepujian. yeahhhh leh konvo! 

Dan raya kali ini saya ada buah hati baru ehehee. Buah hati yang saya usung sampai ke tanah Taiping ini :) mohon baik baik saja dengan saya yaaa!





Nikmat ramadhan dan syawal yang indah. Terima kasih Allah. Terima kasih mak dan ayah. Terima kasih comels dan ensems. ewah ibarat mendapat anugerah!! blah blahhhhhhh blahhh

okbai. aku blah sekarang!




Sunday, July 7, 2013

Nota Tujuh Julai


Esok.
Esok detik paling paling dan paling serba tidak tahu. eh eh!

Baju kurung coklat sudah siap digosok.
Nota sudah difotokopi.
Beg laptop sudah dipinggir katil.
Botol air tudung pink sudah terisi.
Minda sudah tepu dengan ucap dan nasihat keluarga.

Allahuakbar..ekceli ai memang tengah nebes okeh!! phewww~
Moga Lapan Julai akan baik baik saja dengan saya. Bismillah.
Bismillah untuk langkah pertama ke alam kerja.



Thursday, July 4, 2013

Angan Angan Setinggi Langit


Okaiiiii..supervisor thesis saya telah menamatkan gencatan perang psikologi! haha mahu terima? terasa comel pulak "tak payah dah nak takut2.." haha..

Hari jumaat lepas saya pulang ke kampung halaman. Tamat belajar. Alhamdulillah. Baru sempat "tidur" selama 3 hari, sudah berkejar ke sana sini. Mencari rezeki  (konon haha). Temuduga 2hb dan 3hb berturut turut. Untuk dua bidang berbeza, komitmen yang berbeza. Dan saya berhutang jasa terlampau banyak dengan mak dan ayah untuk pencarian itu. Terima kasih ayah. Terima kasih mak. Untuk masa, tenaga, harta dan doa.

Untuk minggu ini, terasa hidup dicatur. tidak kiralah pencatur itu ayah mak kak nana mahupun adik, sebab saya memang blurr! haha..tak habis habis tanya betul ke tak ni? eh boleh eh macam ni? kasihan. siapa kata mudah nak memilih kerjaya ohh~ tapi saya yakin Allah dah caturkan yang terbaik untuk hidup saya.

Friday, June 21, 2013

Indah



 [ biar gambar menyampaikan maksud. berhabuk.]

Hai!

Pagi tadi sudah selamat berviva, untuk projek penyelidikan tahun akhir..alhamdulillah..saya keluar bilik viva dengan hati sedang berlompat lompat bintang..terima kasih Prof Madya Dr Mohd Talib!! tiga hari lepas sudah dapat tawaran temuduga kerja..alhamdulillah..moga ada rezeki 3hb Julai nanti..dan isnin ini, paper terakhir untuk final exam..moga selamat aamin~

Dan kini sedang menghitung hari-hari terakhir di bumi UKM..sumpah..memang banyak kisah! duka atau suka memang aku tak kan lupa :) I LOVE UKM ihikss

Dan titik titik habuk mula melata kembali. [END]



Tuesday, April 23, 2013

Kelam


Tatkala kaki buru buru kejar senja, hati hanya punya satu harapan; momen senja tak kan boleh lepas. Takkan. Walau kelam tapi indah sangat. Alhamdulillah. 

Namun bila sudah nikmat senja itu kudakap, nekad itu goyah. Bukan senja yang aku tunggu. Aku mahu bintang dari langit malam!

Saat itu mindaku jadi separuh gila. Entah apa kehendak hati. Main main bukan?

Hidup ini benar banyak duri. Benar banyak lubang. Benar banyak buat aku keliru. Terkadang rasa kaki silap melangkah. Walau tidak tersadung tapi sengal sendi itu terasa. Itukan ujian!

Aku hanya mahu jadi insan paling kuat, dengan pilihan dan jalannya.
Ya Allah..terus dan terus ajari aku bersyukur ya Allah :'(
Aamin~

23 itu semakin hilang.
Jauh benar aku berjalan. 24, hadirlah engkau dalam indah.

Monolong diam diam.
Dari lantai 17.




Friday, April 19, 2013

Tulisan Penuh Jiwa Jiwa


Tulisan penuh jiwa jiwa membawa maksud tulisan sepenuh perasaan.haaaa gitewww! hehe.

Assalamualaikum comels dan ensems :)

Saya menjalani dua minggu ini dengan penuh kezombian dan keorangan. Hampir seketikanya saya menjadi zombi (zombi comel boleh?) tanpa sedar apa yang berlaku sekitar hidup, buat kerja dan kerja dalam perasaan yang pelbagai (dek kena marah dan marah lagi dengan supervisor) tanpa fikir benda lain..tengok dah besar gini pun kena marah lagi tau..takpuashati! (hentak kaki kuat kuat, pastu kaki sakit padan muka). Namun dari suatu sisi, saya sedar saya masih dalam hidup yang penuh dengan orang yang pelbagai ragam. Masih ada yang sudi berkongsi gelak ketawa, sedih sendu, sendawa belahak. Bestnya menjadi orang haha  (jom lompat bintang tinggi tinggi, pastu tangan tersangkut dekat kipas yang terpusing ok serius ngeri).

Alhamdulillah selesai dua presentasi (baca : pembentangan) untuk dua minggu ini. Alhamdulillah kerana presentasi pagi tadi berlangsung secara jayanya. ok tipu lah. Kurang berjaya sebab masih ada notakaki yang saya tak ingat dan tak sampaikan..sebab slide baru siap tengah malam semalam..pelajar berwibawa memang buat kerja last last minit. kata oranglah..saya pun susah nak nafikan hahaha. tapi saya puas hatilah. Suatu kepuasan kepada diri sebab telah mengeluarkan jiwa menjadi diri yang sangat berani seperti tadi. Macam mana tuh nak keluarkan jiwa hahaha. Dan itulah sebenarnya yang saya cuba belajar, menggagahkan diri menjadi sedikit lain daripada biasa walaupun saya tahu limitasi saya apa, (sebab saya ni pemalu gila gila lah haha) tapi saya berjaya pagi tadi hehe. Sebenarnya momentum ini datang dari sesi presentasi saya minggu lepas. Hasil kritikan membina seorang supervisor maka menjadilah saya yang seperti pagi tadi. Pagi tadi saya cuma present depan klasmet, minggu lepas saya present dekat orang korporat. Mahu momentum tu tak melekat ye dak. Melekat ketat gila tahu. Terima kasih Dr Sham..terima kasih kawan kawan yang teruja dan menyokong bebelan saya pagi tadi. Senyum.

Selesai satu part. Next!

Kawan saya merangkap klasmet sudah selamat melahirkan bayi yang sangat comel dan baik tanggal 15 April 2013 lepas..eh ke 14hb fatih? kalau baby keluar lewat 10 hari lagi kita dah boleh sambut besday sesama dah baby..hehe..tahniah mummy wani :) ok wani umur 23 sudah bergelar ibu.. jeles ni haha. Waniiii!! senang melihat anda tersenyum..semoga terus bahagia dan bahagia <3

Haris Iqbal semasa berumur 1 hari..comel sangat. dia sangat baikkkkkk!! ( takpasti ejaan nama ni betul or tak..boleh jadi Harith mungkin, sebab nama ni pun bersumberkan kawan, bukan uminya hihii)

Mahu anak yang comel seperti ini? berkahwinlah hehe..khusus buat kawan kawan saya yang sangat teruja dengan kehadiran baby ini haha. Yang pertama dalam batch kitorang kehkeh. 

Kredit : 
Tukang tangkap gambar : Beton
Tukang kendong si ensem : Mila



Tuesday, April 9, 2013

Selamat Membesar


Ianya sudah 24! 

Bukan saya, tapi dia :) Phewww~ saya masih 23..masih..hehe!

Semoga dia akan terus mengecap sukses dalam hidupnya. Akan terus mendapat bahagia yang diimpikan. Akan terus beroleh tenang dan lapang dalam setiap langkahnya. Terima kasih kerana kuat.

Untuk dia yang selalu bersedia dengan ketidaktentuan emosi seorang perempuan. Untuk dia yang selalu buat perkara perkara comel dalam diam. Tersentuh. sobsob.

Selamat Hari Lahir :)

Sunday, March 31, 2013

Mohon Doa Kalian :)


Rasanya hati ni dah macam sayur..(perumpamaan sahaja.jangan nak serius sangat boleh). Bila disimbah dengan air panas..terus layu tak berarah (gilo bombastik).

Terus menangis.sobsob.

Saya nak balik kampung. Dah lama tak balik kampung.sobsob lagi (eh emosi ni..cuba gagah sikit engkau) Perasaan tak segar langsung sebab asyik menghadap thesis. Bila dapat dengar suara mak ayah, teruslah meleleh tanpa sedar diri..nak balikkkkkkk rumahhhhhh!!

Doakanlah pembentangan kemajuan thesis saya selasa ini berjalan lancar. Selepasnya saya nak lari balik kampung. Maaf bukan berlari, tapi naik bas. Haha.aishhh..ketawa pulak!


wallpaper baru desktop! semat kan ihiksss..keep going babeh!!


Sunday, March 24, 2013

Selesai :)


Tajuk entri macam ntah apa apa je. dushdush!

Sebelum itu..ini pemandangan sambutan Earth Hour 23 Mac 2013 dari Bandaraya Kuala Lumpur sebentar tadi..bergelap itu mula jam 8.30 malam sampai 9.30 malam. Jangan kata tak tahu lah..sekeh kang..haha.


8.30 PM : 23.03.2013

9.30 PM : 23.03.2013

Yeyeh..Menara KL muncul semula. haha. Paling ketara Menara KL tu jelah kan. sebab kenal menara KL je..bangunan lain ntah apa nama pun tak tahu..haha

Berbalik ke tajuk utama. Saya dan kawan saya sudah berbaik! hehhe. Alkisahnya yang berlaku pagi tadi, bukanlah suatu kisah menarik pun, tapi sangat penting bagi saya. Sekurang kurangnya saya tahu masa itu sudah menyembuhkan sebuah kisah luka perghhh ayat hang weiii! 

Saya dan dia berkawan baik. Sangat baik, sehingga suatu fasa terjadi suatu kejadian tidak diingini..seri bersahabat itu hilang. Maka sangat susah gila dari kejadian itu untuk kami menjadi kawan semula. Sangat sakit. Maka bermula lah sesi dendam teknik halus tanpa tegur sapa selama beberapa tahun antara saya dan dia. Bukan dia ataupun saya yang mulakan, semuanya macam terjadi sendiri. Tak ada gaduh gaduh, cuma dalam hati kekok itu ada. Malu itu terasa. Dingin itu wujud. Haaa kau..kan dah keluar ayat bombastik segala ni..

Tapi hari ini..selesai! gembira. Macam sudah bebas dari suatu kurungan. Macam tembok dah roboh! eh mcm mana nak cakap ni hahahaha.

Apapun. Saya happy. Serius.

Saturday, March 23, 2013

Hari Hari Jadi


Assalamualaikum.

Saya sekarang (eh eh tetiba guna "saya" pulak dah..sebelum ini bukan main sakan "aku aku" tak sedar diri dushdush) sambung...saya sekarang ini sudah berada di tahun terakhir merangkap semester terakhir pengajian.sobsob. Jadi banyak masa TER habis dengan bermanja dan berdating dengan thesis. Bermain main dengan data, bergelak ketawa dengan writing, bergurau senda dengan kata kata mesra supervisor saya ohhhh tabahkan saya! T___T

Dalam pada nak menyiapkan thesis, saya sedar saya hampir melangkah keluar dari dunia seorang pelajar dan konvoooo yeyeh ohhh tak sabar! tapi semakin tak sabar itu juga membuat diri sedar masa bersama rakan rakan semakin singkat. Bukan bermaksud habis belajar putus kawan ngeh ngeh.. nanti dah kerja, dah ada keluarga ( nak jugak keluar ayat "keluarga" ni stress betul!) mana nak dapat lagi lepak lepak dengan kawan kawan yang comels ini..

Kesempatan masa 6 bulan ini eloklah di abadikan dengan kenangan kenangan terakhir menyambut hari hari comels comels ini..tapi nanti ada masa kita sambut lagi!! no worries..jangan susah hati. inshaAllah :)


Present..comels comels saya...ihihiiihiii

18 Februari 2013 : Birthday si comel paling comel Mila <3



Gambar paling atas itu mila. peace mel..ella letak gambar mel besau besau! haha. Rasanya birthday mila ni paling bertuah kot. Banyak makan betul. Mula mula sambut dekat Kg Baru, belanja dia makan kerang bakar. Esoknya sambut makan makan lagi dekat Kenny Rogers, Maju Junction..tup tup balik tu ada insan baik hati nak belanja makan sate kajang pulak..( Nota : Sate Kajang Haji Samuri, Danau Kota).
Untung ramai orang kasih ni ye mel hahaha.

22 Februari 2013 : Birthday Dayah! alolooooo~

Ini Dayah..comel kan hehe. Masa ni sambut dekat The Khan Mongolian Restaurant, Setapak. Makan steamboat!  nyum nyum..

Baliknya singgah KL Festival City kejap. sibuk sibuk pun sempat jalan jalan kan! yeahh itulah kami ehehee~

 
02 Mac 2013 : Birthday Azie. Semoga sihat sihat selalu dik :)

 Gambar kiri itu azie :) ini sambut dekat Air Terjun Sungai Tekala. Sebelumnya kitorang baru lepas buat ekspedisi panjat Broga. Best!

Comel comel betul kawan kawan saya ni. Paling kanan tu saya. ihikss!


14 Mac 2013 : Last sebelum masuk April..birthday Ain Fatiha :)


Aishh..suka betul la tengok budak budak ni senyum! Bertudung biru itu Ain! sambut dekat Pizza Hut, KLCC dan bersambung dengan makan makan kek depan air pancut KLCC. Again air ni menari lagu Titanic..hari tu datang pun lagu itu jugak huhuu..tapi kek sedap! thanks ain <3

*********************************

Meriah kemain la tempat nak menyambut birthday! nanti bila birthday saya, kalau saya ajak sambut birthday bawah pondok daun pisang je mcm mana..ohhh konfem sebak.haha.

Selamat membesar kawan kawan yang dah tua ekekeeee..! dan juga yang sedang membesar haha.

*********************************
 Turut serta dalam gambar :
Jeni, Zihan, Beton, Wawa, Atun, Te'ah, Iela

Wednesday, March 20, 2013

Tetaplah Menjadi Sejati Ku





Buang ego. Buang tunjuk bagus. Ikhlaslah. Sejati itu akan selamanya sejati.



Monday, March 18, 2013

Peluang Kedua


Peluang kedua.

Ada dua pandangan manusia yang cantik, lalu menarik aku untuk petik masuk blog. Tentang peluang kedua. Antara pendapat Jun dan Amir.

Katakanlah kita tersepit pada suatu persimpangan, nak patah balik atau nak teruskan perjalanan? Mana satu nak buat?

Jun memilih untuk berpatah balik. Mudah katanya. Kembali ke titik asal. Belajar dari pengalaman dan mulakan semula langkah.

Bagi Amir, berpatah balik itu susah. Amir bagi satu analogi mudah. Katakan kita bawak kereta, masa nak masuk simpang baru atau u-turn lagi senang nak pulas stereng? Masuk simpang baru.

Masuk simpang baru, bererti teruskan perjalanan. Lagi menarik :)

Jadi, jangan patah balik. Gagahlah sikit kawan!



























"benda mudah jangan buat susah"
Jun & Amir.
Kelabu-Nadia Khan.

Tuesday, January 1, 2013

Aku & 2013


Alhamdulillah. Masih punya nyawa dan iman di tahun baru. Selamat tahun baru semua!

Alhamdulillah jugak..semalam di kala detik 12 malam, sempat menyaksikan tembakan dan percikan bunga api di sekitar langit Kuala Lumpur. Indah. Walaupun hanya disaksikan dari balkoni rumah.

Bila semua orang sakan bercerita pasal azam tahun baru, maka secara automatiknya aku menjadi gedik jugak secara agresifnya untuk bercerita azam tahun baru.

Maka entri ini aku kira akan berjela jela. 

Tahun 2013 akan dijadikan tahun menghargai-dan-dihargai. phewwww..siap ada tema. hahahaha.

Menghargai diri sendiri. 
Menjadikan diri sendiri lebih istimewa. Bunyi macam bajet bagus =.=' kekeke~
Macam mana nak  buat diri sendiri jadi istimewa? walaupun memang dah istimewa ni eh ehhh
Mula mula sekali nak berperangai baik. taknak lagi marah marah. tak nak lagi mengeluh. tak nak lagi membebel.ok..

Akan belajar menerima kelebihan dan kekurangan diri sendiri. Belajar menghargai diri. Belajar menjadi diri sendiri. Belajar..belajar..

Nak berazam belajar bersungguh sungguh macam dah lapuk di usia sekarang. Kerana bila kita semakin membesar, mungkin jugak bermula dari kehidupan di tahap aku sekarang ini, bukan lagi nak berjaya dalam exam tapi nak berjaya dalam kehidupan. Nak cari apa yang patut kita cari dalam kehidupan pinjaman Allah SWT ini.

Menghargai Manusia Sekeliling.
Menghargai keluarga dan kawan kawan. Menjadikan mereka insan insan istimewa yang berada disekeliling aku. Wahai kawan, wahai kekasih, kalau selama ni korang dah rasa special, lagi aku nak buat korang rasa special gila gila.haha. Fatih, jangan tuntut.haha.

Dan bila kita belajar menghargai orang lain, maka automatiknya..diri kita juga akan dihargai :)

Terima kasih siapa siapa yang baca entri saya ini tanpa meninggalkan walau sebaris patah dan ayat. Moga 2013 mu indah!


Wednesday, December 19, 2012

Hanya di 2004


Dulu masa hari aku nak ambik result PMR, gelabah! tapi muka tenang. kata emak lah.

Sampai dekat pintu pagar sekolah, bertembung dengan kawan kawan yang dah ada result dalam tangan. tertunduk aku. rasa macam aku bertembung dengan belon udara panas. pastu meletup. pastu aku pengsan, belon rabak. pastu aku masuk wad. pastu aku xjadi ambik result...yeaaaa! tapi kawan kawan bising gila...terus terpa aku sambil peluk peluk plus ucap tahniah..wow! apakah?

Tapi isyarat murah rezeki tu aku dah rasa dalam hati.

Nak naik pejabat sekolah. kena naik tangga. dan kat tangga tu ada notis sebesar kad manila. err sebenarnya memang kad manila pun! warna kuning. Senarai Nama Pelajar Cemerlang PMR 2004. aku pandang sekali imbas. ok nama aku tak ada. jantung dah rasa nak tercabut.

Dah sampai pejabat. cikgu bagi slip keputusan. aku pandang 3 kali slip tu. cikgu depan aku angkat kening. aku rasa nak buat lompat bintang. tapi teragak agak. aku lari balik kat tangga. aku baca balik senarai nama pelajar tu. OK OK slip ni tak tipu. entah kenapa aku boleh terlepas pandang nama dekat ranking no 7 tu..adei.

Terus aku lari jumpa mak ayah. konon nak surprise mak ayah kak nana adik. tapi tak jadi. kak nana dah awal awal peluk sambil ucap tahniah berkawah kawah. mak pun. ayah pun. adik pun.

errr..dah tau ke orang dapat berapa?

dah..tengok kat board. kat tangga.

Alahaiii!

Indah. Terima Kasih Ya Allah.

p/s : tahniah untuk adik adik yang berjaya hari ini (:



Thursday, December 13, 2012

Hadapi Dengan Senyuman


Langit mendung. Tak segah biasa. Alunan azan asar bergema. Penuh ruang. Indah.

Baru selesai berbual kosong dengan emak tersayang. Indah. Betullah kata orang, kalau kita dalam tekanan, maka carilah tenang itu dalam dakapan ibu dan ayah. cari mereka. dan cari Dia. walau jauh. walau tak nampak. walau rindu setinggi langit T___T

Lagu Dewa : Hadapi Dengan Senyuman di putar lagi. buat kali ke enam. macam kena batang hidung.


Hadapi dengan senyuman
Semua yang terjadi
Biar terjadi….
Hadapi dengan tenang jiwa
Semua... kan baik baik saja

Bila ketetapan tuhan
Sudah ditetapkan
Tetaplah sudah….

Tak ada yang bisa merubah
Dan takkan bisa berubah
 Relakanlah saja ini
Bahwa semua yang terbaik
Terbaik untuk kita semua
Menyerahlah untuk menang


p/s : kadang kadang menulis itu juga membebaskan tekanan. tulislah apa kau suka. walau orang baca tak suka. haha

Tuesday, December 11, 2012

Semakin Suka Hati


Semakin kita banyak kerja, semakin kita kuat makan, dan semakin kita kuat berjalan. Kan!!

Alasan satu je..kita penat, dan kita kena reward kembali diri kita yang dah bertabah buat kerja itu dengan makan suka hati dan berjalan tak kira masa. suka hati.

Sekarang saya tengah siapkan projek, memang penat. tapi boleh balik bilik dengan perasaan tabah nak stay up malam pasal final dah dekat plus esaimen menggunung tahap Kinabalu. tapi sayang, impian nak stay up kekadang boleh reverse 360 darjah kepada jom tido! maka terus tido. yeah sekarang masa tido memang di luar kawalan, main suka hati je tido. makan pun suka hati ikut selera, tanpa fikir mahal ke tidak. janji makan. dush dush! heaven kan jadi student final year hakhak.

Baru baru ni jalan ke KLCC. bukanlah berjalan sangat sebab kolej xde la jauh mana dari KLCC. Pergi pun semata mata nak tengok air pancut yang kata orang sangat osem itu..tapi memang betul osem. pergi dah malam plus hujan pulak..tapi sebab nak jalan, nak lupa kerja, nak lupa diri..layan je hujan hujan pun..heaven!

Malam saya pergi tu, ada lagu Celine Dion : My Heart Will Go On. dan anda akan lihatlah air pancut itu meliuk lentuk mengikut irama lagu. sejam sekali je dorang pasang T___T








Itu bab jalan. bab makan..hah ni..steamboat!


Wehuuuuuu!

Bye!!