Sunday, June 26, 2011

entri sekangkang kera



Assalamualaikum, edina sihat, dan masih berada di malaysia. harap maklum.

Ini adalah percubaan kelima saya menulis entri selepas cubaan buat empat entri sebelum ni masuk list draft sahaja. Kekok pula tangan bila nak menaip, saya rasa inilah balasan bila tinggal blog lama lama sangat. Kering idea terus, rasa macam tak kenal belog sendiri pun ada. hadoii~ Seminggu lepas saya adalah manusia yang sangat sibuk. Saya di Johor, lepas balik dari Johor baru sempat nak hadap belog sendiri, itupun secara tiba tiba saya jadi semput, gara gara terlihat bilangan follower =) Eh follower I dah cecah 1000!! masa tuh terus saya lompat menggapai langit nan tinggi punya nak tunjuk betapa saya tengah syok sendiri +_________+' kasihan sungguh gadis ini, suka syok sendiri rupanya. Anyway, terima kasih semua!! Nanti ada rezeki saya buat kenduri choki choki untuk anda, tapi jangan betul betul lah, nak mimpi pacak tiang balai kenduri pun saya tak mampu +_+

Sekarang ini kan, saya rasa macam nak menulis macam macam. Kalau lah entri sekangkang kera ini boleh di pecah sepuluh, rasa nak post pasal hari bapa, pasal buah durian yang lemak berkrim, pasal cuti, pasal kerja, pasal hati, pasal sepupu i yang nak kawen! oh seteress!! dia yang nak kawen aku pulak yang cemas..ohh.never mind. ok, seriusly saya belum ada kudrat nak buat semua post tuh, cukuplah saya membebel sebentar sebelum saya bancuh milo lagi. HAHAHHAA..asal bancuh milo pastu mesti senyap lama. Maafkan saya, sekarang ni banyak sangat perkara perkara seksi yang menggoda saya, buat saya asyik terbantut menulis saja! Kalau lah anda boleh faham betapa saya teringin nak menjadi seperti dulu kala, makan makan angin kat belog orang, skodeng belog orang, lukis doodle, eh rindunya! tapi tunggu lah dunia menjadi aman semula ehhh melalut lagik! nanti saya kembali lagi. Ini pun sekadar melepas rindu nak menulis dan merungkai rindu buat mereka mereka yang rindukan saya :) macam ada lah kan. [ MODE : demam buah ~ ]

14 comments:

fatenalina said...

mengada nya dia..
ciss!
rindu nie tauu ???

birdsangry96 said...

sekangkang kera ! nice title ! haha
komen my newest post ! kaum adam ! komen me back tau ! heee ~

nawal addina said...

sekangkang kera , hahaha XD

tapi pnya laa pnjng smpai nak fengsan sy -.-

Roza Ami Nanomiya said...

kalau ini sekangkang kera... nampaknya penulis entri panjang2 gak mcm aku ni

Edina Kasyah said...

fatenalina : +___+ rindu ke dik? terharu nya! tang mengada tuh kurang terharu sket.


birdsangry96 : hahaa..title tuh tiada kaitan. nak buat entri pun gagap, tajuk pun maen hentam je lah..hehe~

Freaky said...

tulis je ape yang nak ditulis. jangan ragu2

zaty said...

rindu yg teramat dgn doodle akak ! hihi

CALL ME NEPH said...

tahniah la untuk sahabat kita..mencecah satu ribu sudah...syukur.

Onitsuka_hana said...

sekangkang kera pun boleh

Edina Kasyah said...

nawal addina : hahaha..itu belum sekangkang gorila lagi tuh ^^

kapten roza ami : hahha.klu kera baca mesti malu~

Edina Kasyah said...

freaky : enchik firdaus, tgh nak tulis la niiiii..hahaha~


zaty : fewittt! nih sayang zaty lebih nih..hehee

Edina Kasyah said...

i call u neph : hheehe~ thnks! blog dia lagi power apa..


onitsuka hana : hahaha.janji buat jugak entri ye dak..kuikuii

CALL ME NEPH said...

lol...blog nie..da pernah masyuk la...kikiki.entry baru x baca.terus kata xpernah masyuk..wakaka.thanks follow me miss 1000.kiki

Edina Kasyah said...

i call u neph : hahhahaa~ apa lawak..kihkih.tada hal =)