Showing posts with label diari didie. Show all posts
Showing posts with label diari didie. Show all posts

Friday, May 20, 2011

kisah dak padik dan sticker oren




premis I = dino tengah makan rojak
premis II = dona tengah siram pokok bunga
premis III = dina tengah berangan

siapa belum kenal Dino dan Dona boleh klik sini =)

********************************

Tadi pagi dak padik hye hye aku fat fesbuk. Padik tu kawan sekolah rendah aku, kampung aku dengan dia sebelah sebelah je jadi bila raya boleh main tembak tembak meriam buluh sambil lempar lempar bunga api gitu gitu jew punya nak cakap betapa dekat nya kampung kitorang. hahaha. dah berkurun aku tak jumpa dia tak tahulah gigi susu dia dah tanggal belum dan kebetulan hari tuh jumpa dia kat fesbuk dak nani terus aku add dia.

Padik > sapa ni? macam kenai la.

Edina > aku la, edina. kawan sekolah rendah hang laa..

Padik > laaaa..dak pandai ni ka. sihat dina? dah lama aku cari hang.

Edina > hahhaa. hang cari aku ka? mai je lah rumah. dekat je derr

Padik > tak nak aku. nanti cikgu syimah ingat aku dtg nak pinang hang plak.

Edina > boleh jalan.

Padik > selalu aku lepak dgn adik hang ja kat court badminton blkg rumah pak ndak leman.

Edina > tau. adik aku selalu dok habaq.

Padik > contact ngan wadi lagi dak?

Edina > Lost~

Padik > Lawak la hampa dua, sampai kena panggil dengan cikgu mad.

Edina > pak cik tuh suka cari pasai. hampeh.

Padik > memang buat rekod la hampa ni. dengan ketua pengawas pun hang nak cari gaduh.

Edina > perrr..cikgu mad laa! suka letak aku duty ngan wadi.

Padik > tau kat dak qerol aku chat ngan hang ni mesti dia marah.

Edina > Pasai pa lak dia nak marah ? dia kat utm kan? lama jugak tak jumpak dia.

Padik > ha'ah. dia dulu kan syok kat hang!

Edina > cerita zaman budak budak weyh..

Padik > Sampai bagi kad besday

Edina > hahhaa. dah hilang wei kad tu. bedak berterabur!

Padik > sticker nama warna oren tu hilang jugak ka?

Edina > owhhh..sticker nama aku tu? ada lagi. dah masuk album.
Edina > Wah, semua hang ingat kan pasai aku? aku tak tahu der sapa bagi sticker tu.
Edina > Dah siap ada marking love. tanya dak qerol dia kata bukan dia bagi.

Padik > Haaaaa..cantik kan sticker tu? jaga elok elok la eh didie.

Edina > Sure bro. tapi macam mana hang tau ni?

Padik > Ok la di. Nak gerak gi solat jumaat. assalamualaikum.

*offline*

semua tak tahu aku dapat sticker tu kecuali dak qerol , tu pun sebab aku tanya dia. lepas tu aku diam ja tak kepoh kepoh der keliling sekolah. teringat pesan adik hari tuh " kak, padik kirim salam rindu kat kakak " masuk pulak kata kata dak mizah..kata kata dak rosnah..wohaaa! sticker tu padik la bagi! dari aku darjah lima benda nih jadi, baru hari nih aku tahu. selepas 1o tahun. pheww~tiba tiba rasa seram sejuk. esok nak ajak ayah pindah kampung lain.


Tuesday, May 17, 2011

hargai mereka



hari ini 17 mei 2011. selamat hari wesak ye tuan tuan dan puan puan. semoga berbahagia hendaknya.baiklah..kerana hari ini hari wesak maka marilah kita bercakap tentang hari guru. ngek!

semalam hari guru weyh. saya terlupa! patutlah masa jalan jalan kat sogo semalam semua guru guru asyik tersenyum senyum sahaja. rupa rupanya mereka sedang diraikan. cceyt statement tak boleh pecah belah. mana saya tahu mereka cikgu pun saya tak tahulah. pasal saya main bantai sajalah lah labu. selamat hari guru untuk mak ayah saya, cikgu cikgu saya kat u ni, matrik , mrsm balik pulau, sekolah rendah sy, cikgu tadika saya..cikgu yang ajar alif ba ta, cikgu yang ajar saya memandu kereta..baik baik faham.








Hargailah cikgu cikgu di dunia ini. walaupun mereka mendidik dengan cara yang berbeza namun percayalah niat mereka tulus dan ikhlas. edina bercakap bagi pihak guru guru baik dan berdedikasi yaa. cikgu cikgu yang lempang budak sampai keluar anak tekak itu luar bidang edina ok. selamat hari guru :)

Thursday, May 5, 2011

biarlah! asal aku bahagia.



semalam kak nana call. masa tu dah lah tengah haru gelak sorangII layan show jozan, maharaja lawak. memang lawak lah! orang laen dah sebulan gelak, aku baru semalam nak gelak. well, aku ngaku laa..aku memang kalah katak bawah daun pisang, memang slow la kalau nak ambik tahu babII hiburan semasa kat malaysia ni. jarang kot nak hadap tb, or even online show. ceh, gaya macam nak kata suka sangat hadap buku lah..eh, tak de lah.aku suka baca buku, bukan hadap buku. riak kan aku.

kak nana kata nak datang KL. hujung minggu ni. kak nana tu kakak aku.

kak nana : dik, akak nak turun KL sabtu ni. datang jemput kat KL sentral.

aku : oke. sorang ke? [ kak nana dah pernah inform aku, cuma dia belum konfem bila, so bila beliau call balik semalam aku tak de sebab lah kan nak buat riak terkejut terkejang ke]

kak nana : Yup. singgah rumah kawan dulu kat Shah Alam.

aku : oke.

kak nana : nanti teman jalan beli hadiah kat mak.

aku : oke.

kak nana : nanti akak nak tumpang tido bilik tau!

aku : oke.

banyak oke je aku. sebab semua benda kak nana dah pernah bagitahu. tadah je lah telinga dengar beliau buat ulangan suara. kang kata woiii, bape kali nak cakap daa..dapat sudah pangkat adik derhaka.naya je. mata masih hadap jozan buat lawak.

kak nana : oke. make sure hujung minggu nih free oke?

aku : ek?

kak nana : make sure kerja semua siap before hari sabtu ya!

aku : insyaAllah. tak sure lagi pasal mee...

kak nana : see..short sem pun still ada meeting ke? dah.nanti apa2 hal akak call balik oke.

aku : oke!! bye kak!!

oke.jadinya sabtu ahad nih kena free kan untuk akak. kakak aku sorang tu je pun. hehehee.aku nih memang workaholic sikit. kerja memang bertimbun. sejak awal sem memang keja aku masuk meeting, buat program, buat part tyme, dah lah kelas isnin-sabtu. ahad je free, ahad tu lah nak qada tido, nak buat assignment, nak baca buku, nak fikir pasal program. famili semua faham dah aku nih asyik sibuk..termasuk lah kakak aku itu. aku bukan orang yang suka duduk diam. sebab itulah sem lepas boleh ambik risiko masuk pilihan raya nak pegang jawatan pasal pun. alhamdulillah.rezeki aku disitu, so kerja memang konfem banyak lah kan. memang la stress, tapi aku suka. aku lagi tak suka kalau hujung minggu aku langsung xde benda nak buat. tapi setakat nih alhamdulillah..aku boleh carry lagi. dengan jam kredit tahap bertimbun, assignment berkawahII, tapi not bad,aku bahagia.