Showing posts with label segmen. Show all posts
Showing posts with label segmen. Show all posts

Tuesday, February 21, 2012

Bloglist Puteri Kasih


Dear Kak Putri,

Saya nak jadi sahabat Puteri Kasih.

Haha. macam heaven sangat la buat entri ni 5 minit je. Asalnya macam terfikir banyak kali sempat tak? sempat tak? haha mujur kena gertak sikit dengan kak putri ok ok terus buat laju laju. hihii tq sis sudi tunggu! segmen berakhir 12 tengah malam ini. obvious sangat ke aku akan jadi peserta last? haha




Sekian.entri tamat.
Ringkas and mudah je ye tak.saje buat susah. =.="



Saturday, October 29, 2011

Contest Novel Bersiri Setulus Kasih Maisara



Kak putri..dah siap!! haha * muka bahagia *



Akhirnya berpeluang untuk siapkan contest ( KLIK BANNER)  ini sebelum tarikh tamat.. phew phewww~ tarik nafas panjang sebab buat laju laju haha. next week saya ada exam..doakan! ok dina jawab soalan dulu la eh sis.

1) Saya suka blog Puteri Kasih sebab tuan belog dia comel dan baik hati, intipati dalam blog pun sedap untuk dibaca..apakah ayat macam ini.  haha. dina suka singgah, suka drop komen, suka usik sis..suka skodeng blog ni diam diam walaupun tengah berperang siapkan esaimen hehe. konklusi : dina suka blog PUTERI KASIH.

2)  ...dan ini sambungan novel Setulus Kasih Maisara. 

Setelah Putera Hazli pergi dan tidak lagi muncul dalam mimpi Maisara...OK DI SINI DINA AKAN BERMULA..jangan patah hati bila tidak keluar versi sri diah mahupun fauziah ashari +____+ bismillah...
 
********************************************

....kehidupan Maisara kembali terurus. Dia yakin akan apa yang Putera Hazli sampaikan dalam mimpi tempoh hari. Akan sampai suatu waktu, akan hadir seseorang yang akan menyayanginya sepenuh hati, mungkinkah dia akan sepertimu? Ahhh Azli..rindu ini tak pernah pudar! Mai tersenyum sendiri. Sudah kelaziman bila nama Azli bermain di minda, pasti bibirnya akan mengukir senyum.

Dammm!!

Terhempas kotak dari pegangan. Habis bunga berterabur. Maisara terdorong ke hadapan.

“ Eh maafkan saya..saya nak cepat tadi..cik tak apa-apa ke?” Lelaki yang merempuhnya menghulur tangan kepada Maisara. Membantu gadis itu untuk bangun. Maisara sekadar menggeleng. “Tak pe, saya OK”. Dia cepat-cepat bangun. Huluran tangan lelaki itu tidak bersambut.

“ Betul ke OK ni?” Maisara yang sedang mengibas-ngibas bajunya yang sedikit kotor terhenti.  Dia memandang lelaki di hadapannya.

“ Ya..saya OK..see boleh jalan ni”  Maisara mengukir senyum. Senyum berbalas. Senyuman lelaki ini seperti menggamit memorinya pada seseorang.

“ Tapi saya rasa bunga cik tak OK”.

Maisara pandang bunga-bunga plastik yang sudah patah riuk bentuknya. Kasihan. Tak da rezeki nak buat macam mana.

“ Ehm  tak pe. Bunga-bunga ni boleh berganti. Stok banyak” Maisara jawab acuh tak acuh.
Pandangan kembali ditala kepada lelaki tadi. Berdebar pula Maisara, lelaki ini tekun merenungnya. Dalam-dalam. Sedikit menjentik emosi Maisara.

“ Encik..encikk..yuhuuu...” Maisara melambai-lambai tangannya di wajah lelaki yang merempuhnya tadi. Dah sudah..mamat ni nak action jadi tugu peringatan pulak!

Ahhh biarkan dia nak mengelamun. Maisara segara mengutip kembali bunga-bunga plastik. Kena betulkan balik la yang mana rosak ni aduhh...Maisara mengeluh sendiri.

“ Cik..awak free tak sekarang? ”

Maisara tergamam. Dia bingkas bangun dari terus mengutip bunga-bunga yang jatuh itu.

“ Eh..kenapa?”

“ Saya nak bawa cik keluar makan. Sebagai menebus kesalahan saya merosakkan bunga-bunga cik tu”

Maisara hampir tergelak. “ Tak mengapalah..saya kata tak apa tadi kan”

“ Sekejap je. Lagipun lepas ni cik nak terus balik rumah kan? Apa kata temankan saya sekejap, kita minum-minum dulu. Lepas tu saya hantar cik balik..sudi?”

Mana dia tahu aku nak balik terus lepas ni?


*****************************************


“ Saya nampak cik senyum sorang-sorang tadi masa berjalan. Berangan ye? Sampai jalan tak nampak orang depan”

Terangkat kening Maisara mendengar kata-kata lelaki itu tadi. Ahhh..malunya..dah terkantoi senyum seorang diri..uhuhh!

“ Mana ada saya senyum sorang-sorang”  Wajah Maisara sudah memerah.

Lelaki itu sekadar tersenyum. “Silakan cik ”.Dia membukakan pintu kereta buat Maisara masuk.

Puan, saya bawa anak puan keluar kejap

OK. Plan menjadi ke?

ON.tapi saya rempuh dia kuat sangat

Anak dara saya tu azli..

Haha. Sebab anak dara puan lah saya rempuh kuat-kuat. Dia lagi kuat rempuh hati saya.

Azli tersenyum seorang diri membaca sms yang di balas Puan Mona.

“ Kata orang..” Maisara mencebik.

Senyuman lelaki itu mati. Handphone di masukkan ke dalam kocek. Kereta mula bergerak.

“Salah ke kalau saya nak senyum?” Lelaki itu bertanya sambil mengangkat sebelah keningnya. Seriusnya muka huhuhuu

“Dah tu saya senyum salah pulak?”

“ Salah sangat-sangat”

“Hahh? Kenapa salah?”

“Dah awak tu tengah berjalan, tengah bawa kotak, boleh tersenyum sorang-sorang.”

Maisara menjeling lelaki di sebelahnya. Bukan kerana terasa dengan kata-kata yang lelaki itu ucapkan tapi tersentuh dengan situasi yang dia alami sekarang. Terasa dekat di hati. Sama macam keadaanya kalau bersama Azli. Berbalah tak sudah.

“Hai..pandang saya semacam je..” cis. terkantoi lagi..

Maisara kembali memandang ke hadapan. “Saya rasa macam dah lama kenal awak”

Azli terpaku. Terdiam. Jantungnya berdebar kuat. Kalaulah Mai tahu siapa dirinya tika ini.

Kereta membelok ke taman bunga. Maisara tak berkutik. Taman ni?

“Jomlah turun. Saya nak bagi barang dekat seseorang”  Lelaki itu mengajak.

“ Tadi awak ajak saya minum kan? Kalau tahu awak ada date macam ni, saya tak ikut awak dah tadi..” Perasaan Maisara sudah tak menentu. Namun dikuatkan juga hati untuk melangkah turun. Dia menjejak lagi taman itu setelah sekian lama dia tidak berbuat demikian. Rindunya pada Azli kembali membuak.

“Awak rasa kat sini OK? Kita duduk sini nak?”

Maisara sekadar mengangkat bahunya. Mengikut saja akan rentak lelaki ini. Hatinya sudah berbaur dengan seribu satu rasa. Mengapa?

“Nak tahu satu cerita tak?” Lelaki itu memulakan bicara. Dia meneruskan selepas melihat Maisara mengangguk perlahan.

“ Dulu saya pernah terlibat dalam kemalangan. Teruk. Saya terhumban masuk gaung. Tapi nyawa saya panjang. Saya diselamatkan oleh sekumpulan pendaki yang kebetulan buat travel kat situ. Saya alami pendarahan teruk. Saya koma untuk 2 bulan. Muka saya melecur. Jadi saya kena buat pembedahan untuk bentuk kembali wajah saya. Selepas 3 tahun baru saya kembali pulih. Dan hari ini genap 2 minggu saya keluar dari hospital. Dan hari ini jugak saya dah berjanji pada diri saya yang saya akan pergi dapatkan kembali cinta saya dari seseorang. Seseorang yang sangat saya sayang. Awak nak tahu siapa dia?”  Walaupun lambat-lambat lelaki itu menghabiskan ceritanya tapi cerita itu sangat mudah untuk difahami oleh Maisara. Sangat mudah.

Azli memandang Maisara di sebelah. Azli terpempan. Maisara menangis tersedu dalam diam-diam.

“Azli..saya rindukan awak..sangat-sangat rindu”

Menitis air mata Azli medengar ungkapan dari mulut Maisara. “Saya juga Maisara” Yakinlah dia yang Maisara masih cam akan dirinya walaupun wajah dan bentuk tubuhnya berubah.

“Maisara..sudikah awak menjadi permaisuri dalam hidup saya?”

Maisara mendongak. Air matanya di seka perlahan. Dia terkejut bila Hazli menghulurkan sebentuk cincin kepadanya.

“Janganlah nak ternganga awak..tak romantik lah!”

Maisara yang tersedar tersenyum manja. Tak habis-habis nak mengusik.

“Mahu?” Lagi ke depan cincin itu di bawa ke wajah Maisara.

Maisara sudah malu-malu. Dia sekadar menghulur jari jemarinya kepada Hazli. Ohh nak minta tolong sarungkan lah tu haha

Sambil cincin itu disarungkan ke jari manis Maisara...air mata Maisara menitis lagi..

“ Maafkan saya kerana buat awak menunggu lama..”

“ Terima kasih Hazli. Terima kasih kerana kembali kepada cinta ini..”

********************************************

Ibu...alhamdulillah..hujung bulan ini ibu..

Dan dari sudut ruang tamu, Puan Mona tergelak kecil membaca sms itu..

Hazli ni..belum jadi menantu dah pandai panggil aku ni ibu ishh ishhh

***************** TAMAT *********************
Panjang lah pulak ^,^'

Saya memang kalau bab bab novel ni suka baca je tapi nak karang ohh memang fail. 

Sekian semua. terima kasih kak puteri :)


Monday, August 15, 2011

[CONTEST] Raya Datang Lagi


Contest. Yup! Ini entri bernada contest, jadi tak perlu tanya mana doodle orang lidi mana doodle orang lidi ohh maaf maaf orang lidi tak sambut raya okeh haha. untuk kita kita jer hehe

TERIMA KASIH Telaga Putih sebab buat contest.

TERIMA KASIH Qamarguyz sebab tag saya.

TERIMA KASIH TERIMA KASIH ( ulang banyak banyak kali untuk memanjangkan entri haha)



Ini banner contest, sapa berminat boleh klik banner. Harap dapat bergegas sebab tarikh akhir 15 Ogos 2011. OHH my! tak percaya? terkejut? Ohh saya lagi terkejut. Kerana terkejut saya jadi bingung nak tag siapa. sudahlah~ tiap tiap kali contest kau buat camtu dina haha.

Dan ini dari saya ^^


Sekian. TERIMA KASIH.

Entri tetap pendek +___+ walaupun dah ucap terima kasih banyak kali haha



Monday, July 11, 2011

Cita Cita Si Anak Kecil




Cita Cita Si Anak Kecil
[ sila baca dengan kuat gaya berdongdang ngajat tampi versi pantun ]



Masa aku kecil dulu
Apa je benda yang aku tahu??
Cakap pun berterabur nahu
Memang maen redah je aku tahu

Bila cikgu tanya apa cita cita aku
Aku jawab nak jadi cikgu
Cikgu tanya kenapa begitu?
Sebab ibu ayah aku cikgu +__+

Besar sikit mula tanam impian baru
Lagi cikgu tanya apa cita cita kamu
"Jurutera cikgu!!" tanpa ragu ragu
Padahal tiru budak sebelah meja aku +_____+

Bila dah pandai calit gincu
Mula la buat perangai macam hantu
Jenuh kena basuh dengan mak aku
Memang dasar tak mahu fikir hala tuju



Banyak masa dah berlalu
Kegagalan buat aku makin kuat tempuh hari baru
Akan tiba suatu waktu
Akan kubuktikan siapa aku

Sekarang dah masuk u
Doakan aku
Untuk aku terus maju
Sampai termakbul harapan ayah ibuku..

Aaamin..bersama samalah kita berjuang sahabat sahabat ku!!


****************

MUZ, kawanku
Ini bukan lirik lagu
Ini tanda maaf dari aku
Pasal tak join segmen yang hari tu
Tenkiu!!

Angkat tangan siapa yang mulutnya sudah makin mancung muncung? hehheehe~

SEGMEN BERSAMA MUZ : CITA CITA SI ANAK KECIL



klik banner utk terjah ke belog muz.
terima kasih :)


Monday, June 6, 2011

Puteri Kasih Ajak Berangan Jadi Jutawan




Atas jemputan rasmi sendiri dari Tuan Puteri Kasih, makanya saya dengan ini mencemar duli menjayakan contest ini * aku dah konfius, aku ke puteri atau puteri yang puteri?* HAHHAA.pening budak ini.




APABILA SAYA MENJADI JUTAWAN...
[ versi orang kaya banyak duit duduk kat bandar dari kecik sampai besar ]

1) Saya pasti akan terfikir betapa tak bertuahnya saya sebab tidak dapat merasai betapa bestnya makan maggi berkongsi dengan kawan kawan tiap tiap kali hujung semester, betapa nikmatnya makan choki choki saja tyme lunch, betapa bahagianya tengok movie dekat depan laptop bukan dalam panggung!

2) Saya pasti kecewa sebab tak pernah turun bendang kutip paku rawan, masuk paya cari pucuk paku, lari keliling kampung kejar ayam nak di buat masak rendang, ohh nikmat!

3) Saya pasti sedih sebab tak pernah rasa kena gigit pacat, tak pernah rasa kena gigit nyamuk, tak pernah rasa tengok ulat gonggok.

4) Saya pasti lagi sedih bila tak pernah masuk dusun, bermalam bawah pondok tunggu durian jatuh ke riba..opocott!

5) Saya pasti bertambah sedih bila tak pernah merasai bestnya hidup kat kampung, bila hujan, air hujan tu timpa atap zink..tik tik tikk..ohhh tengah tengah malam..perrr serius nikmat weyh kau tido malam tuh!

6) Saya pasti bertambah tambah sedihnya bila tak pernah mandi sungai, tak pernah masuk kebun getah, tak pernah panjat bukit, tak pernah..cukup dina CUKUP! enough oke.

okeyh! HAHHAHAA. rasa macam lari tajuk! ini gembira jadi jutawan ke sedih jadi jutawan ni??
HAHAHA. serius x boleh fikir sebenarnya apa saya akan buat bila banyak duit..sebab selama ini duit memang dah banyak jadi segala benda dah buat...Ahh! budak ni memang nak kena baling kasut!

Ok puteri. dah siap! mohon ampun disembah kalau entri ni over sangat ting tong nya. kuikuii~

All my wrongdoings are merely jokes yaa. *tiba tiba*

Oh yaaa..maaf tak tag sape sape. sape sape nak join silakan. tarikh tutup malam ini ( 06.06.11) jam 11.59 pm. malam ini yaa! masih ada kesempatan lagi bagi mereka yang mahu berjaya.

Puteri, TERIMA KASIH.



Wednesday, June 1, 2011

saya comel tak?











HAHAHAHHAAA!
ini namanya entri nak kena mintak simbah asid.adohaii~

maaf ye.secara spontan tiba tiba terkeluar idea comel ini. sebenarnya saya tidaklah secomel mana, cuma sangat sangat comel [pause]

Anda anda yang comel diluar sana, pernah tahu akan hak anda untuk berasa comel. saya utarakan beberapa tips untuk anda merasa comel. boleh rujuk untuk buat assignment nanti.


::perasaan comel satu::

Anda sedang berjalan jalan disebuah pasar raya yang besar yang mana besarnya kalah badak jadian sudahlah didie oii merepek kau.,baik baik pause lagi. tiba tiba ada seorang adik perempuan tegur anda sambil berkata what! byk lemak lah dia nih..badan berlipat lipat, pakai pula baju sendat sendat.what what what!! spare asid dalam beg siap siap, boleh terus simbah kat adik tuh.hahaah.sebenarnya tidak yaa..jangan terasa. dia cuma nak kata wahh! akak ni comel lah! cuma maksud dia tak sampai.agresif sedikit sebab mama dia tak belikan rocky mungkin. comel itu chubby..chubby itu comel. anda comel? jangan terasa yaa. kejadian ini tidak berlaku di bumi, ianya berlaku di marikh..zuhal..pluto sana yaa yaaa.


::perasaan comel dua::

Anda ditegur oleh kawan kawan anda. wah! comelnya anak kucing kau, wah! comelnya beg baru kau, wah! comelnya kasut baru kau..wah! wah wah semua aku nak tulis sampai malam tak habis. jawapan biasa anda akan reply tengoklah tuan dia, pun comel jugak! anda sedang perasan comel.


::perasaan comel tiga::

Tengah khusyuk khusyuk layan kerja lain, tiba tiba kena tag untuk "contest blog paling comel" wohaaa! sungguh la bagai di kata. tak pernah rasa blog saya comel pun tiba tiba terus perasan comel gilaa laaaahh blog aku!!

Terima kasih kepada mira nasiruddin kerana mentag saya. saya tengah lah tak ada idea, maka inilah jadinya.entri merepek repek. HAHAHA.








Okay, siapa siapa berminat macam biasa boleh klik banner di atas yaa! tarikh tutup 1 JULY 2011. Dan edina ini macam biasalah akan skip dua perkara bila di tag untuk join contest. tajuk tak ikut, orang tak di tag. tak tahu lah nak tag siapa.*ayat purba* maaf ya penganjur, sunat je kan kan kan? HAHAHA.banyak aku gelak hari ini. astaqfirullahalazim.

Tiba tiba saya merasa comel sebab kena tag secara bertubi tubi. HAHA. suka sungguh korang lihat edina ini kena tag. maaf utk yg lain apapun thanx sebab sudi tag. tengah curi curi masa ni. nanti ada kelapangan saya siapkan yaaa. jom jom siapa siapa yang rasa blog dia comel, nak jadi comel, nak tambah comel, nak kurang comel, nak [PAUSE] marilah kita memeriahkan contest ini. TERIMA KASIH.

cik FARINA, done!


Monday, May 23, 2011

surat untuk kekasihku


Dear Haffiz,

Assalamualaikum. dan selamat pagi juga. maaf kiranya layangan surat ini menyebabkan awak dengan segeranya melempar teddy bear di sebelah awak. sebenarnya saya tak banyak masa untuk menulis surat ini. serius cakap, menjebakkan diri dalam misi ini memang betul betul mengganggu masa saya *menangis*. Banyak lagi kerja lain saya perlu selesaikan misalnya basuh baju, sidai baju, lipat baju, makan baju *hempuk kepala atas meja*..tapi sebab awak yang meminta saya menulis surat ini maka saya tunaikan juga *blushing*

By the way (ataupun singkatannya BTW), terima kasih sebab sudi melamar saya *muka merah*, cukup 5 hari saya kenal awak Haffiz. serius awak betul betul buat saya terharu *pengsan*. Siapalah saya ini, seorang budak hingusan yang baru nak belajar erti hidup yang penuh pancaroba ini. Terima kasih sekali lagi atas lamaran awak *koma*

Dear Haffiz,

Untuk menzahirkan titik titik perkenalan yang lebih erat, maka saya mudahkan cerita tentang siapa saya. Awak pun baru saja kenal saya bukan *angkat kening double jerk*. Saya muda lagi, jadi awak tak perlu risau, saya boleh jaga makan minum awak dengan baik. Saya punya mata yang cantik *muka bangga*, saya tak pandai memasak tapi saya sangat sangat pandai memasak, saya tipu. Saya masih belajar. I mean saya seorang mahasiswa *mata bersinar sinar*

Saya berhenti di sini, sebab semakin lama saya menulis semakin malu saya pada awak *tangan di dada, mata ke atas*. Kerana itu juga saya tidak tahu apa yang saya bebelkan ini. Maaf kalau awak semakin kusut apabila membaca tulisan saya ini *ambik hati* Jadi akhir kata, satu permintaan saya, walau apa pun yang terjadi, boleh tak sematkan di otak awak nama saya sebagai wanita pilihan awak? maksud saya masukkan saya dalam bloglist wanita pilihan awak???*awak angguk* Terima Kasih!!

*ada orang tengah LOADING..LOADING..LOADING..*

sekian.Terima kasih.

*********************************************************

semalam dia melamar saya. bukti? here.



Ini surat jemputannya.



HAHAHAHA.Loading CEPAT! aku tak nak korang salah faham. 
Peace no war!  

Siapa berminat nak join boleh klik banner contest tu. 
Tarikh tutup 8 JUN 2011

Enchik Haffizh, TQVM. Maaf over.no worries ya.sekadar bergurau ^^


*OFFLINE SAMPAI MALAM ESOK*  
sebab malu *kononnya*


Saturday, May 21, 2011

segmen bloglist abgteror | tanah tumpah darahku

~TOINK TOINK~

sebab mood exam dah hilang, maka marilah kita munculkan ia semula okeh. mari kita ramai ramai menjawab soalan seperti ini :

DIMANA ANDA DILAHIRKAN?
# Kedah

DIMANA ANDA DIBESARKAN?
# Kedah


NEGERI PILIHAN ANDA UNTUK DIMASUKKAN DALAM SENARAI BLOGLIST ABGTEROR
# Kedah

CERITAKAN SEDIKIT MENGAPA ANDA MEMILIH NEGERI TERSEBUT.

# Oh yeah..kedah adalah satu satu nya negeri paling comel, paling berwibawa paling aman dan paling bahagia aku pernah rasa. sekali kau masuk kedah kau akan rasa sejuk je hati kau tenang je hati kau nyaman je hati kau. walaupun aku sekarang kat kuala lumpur, belajar pun bukan kat kedah sebab asal lepas UPSR terus dapat tawaran belajar luar negeri maksud aku luar negeri kedah yang kau fikir aku kena hantar sampai england sapa suruh, tapi aku tetap sayang kedah. sapa dok kedah tau laaa..teheehe. memang tak ada etika betul soalan last baru nak menjawab jela jela .



TERINGIN NAK MENJAWAB SOALAN INI JUGAK??

DUN WORI BEBEH.

BOLEH BOLEH KLIK GAMBAR KAT BAWAH NIH OKEH.



credit terhangat untuk ABG TEROR.

oke. hari ini aku join dua segmen. makanya tolong skrol down sampai entri bawah sekali. terima kasih tahu tahu aku memang rajin. tak payah puji sangat nanti malam aku susah nak tido.


GiveAway Pe-Patung "akuhanyasatu" : echaRierie



















Ni haaaa!!


[sila klik gambar untuk join contest GA echa rierie ]

saya kena tag dengan dak NGIAU , maka untuk tidak menghampakan beliau maka saya buatlah..teheeheee~

okey ECHA, done! cuma sy tak ikut syarat no 5..ehek! tak tahulah nak tag sape. kang kena tag tak suka, tak tag terasa owh bersalah gila. hahhaa..jadi open lah di sini sapa sapa berminat dan nak mencuba nasib marilah kita bha..hadiah hadiah pun okey apa bhaa..tarikh tutup 11 JUN bhaaa..maklumat lanjut dekat SINI bha..jumpa lagi bhaaa..