Friday, July 1, 2011

hari bapa yang terlewat



A MAN, NOT CICAKMAN


Saya bukanlah pemuja setia Fahrin Ahmad, apatah lagi Ahmad Albab, cuma hari ini saja saya minat dia, esok mungkin saya suka Remy Ishak pulak, lusa mungkin saya kembali berpaling pada Shaheizy Sam, siapa tahu kan, ikut mood lah tengok sape lagi mengancam jadi model iklan. bhahahaa~ Tidaklah begitu yaa, saya suka lihat mereka yang pakai kemeja begini. Attractive. Lihat, fahrin tersenyum sebab kena puji. Fahamlah kita fahrin tidak makan nasi, tapi dia makan puji. OK.OK AUTA SEMATA MATA. takut pulak esok masuk metro "Blogger Edina kutuk Fahrin Ahmad". Font besar, muka depan. *over imagination* sorry.

Lupakan seketika fahrin ahmad sebab dia bukan seorang bapa, sebab hari ni nak cakap pasal hari bapa. Lihat tajuk pun sudah mengancam bukan? HAHAA. saya sedar nak post pasal hari bapa ni memang luar biasa lewatnya, tapi saya harap anda semua tetap merasakan detik hari bapa itu setiap saat. Selamat hari bapa buat semua bapa, dan bakal bapa.

TERIMA KASIH wahai bapa/babah/ayah/daddy/abi/tambah sendiri

- kerana mengasuh dan membesarkan kami

- sanggup bertaruh nyawa menyelamatkan kami dari bahaya

- sudi berjaga semata mata menemani kami saat kami ketakutan di malam hari

- kerana didikan dan nasihat sepanjang masa

- untuk segala kos kesakitan, ubat, dan rasa kepenatan kerana semalaman menjaga kami yang kesakitan

- untuk semua perbelanjaan barang mainan, tora, makanan, pakaian, buku dan basikal

- untuk segala rasa tawa dan gembira yang dikongsi bersama

- untuk semua rasa susah dan titisan air mata yang menitis kerana kami


"sesungguhnya pengorbanan seorang ayah itu tidak ternilai harganya, dijumlahkan lagi dengan semua rasa cinta dan kasih sayang yang dicurahkan, sungguh sukar buat kami membalasnya. Semoga Allah memanjangkan usia ayah agar kami dapat menumpang kasih sayang ayah buat selama lamanya. Ampunkan kami, dan restuilah kehidupan kami anak anakmu"


SELAMAT HARI BAPA
&
SELAMAT HARI JADI
buat ayah tersayang




10 comments:

ku-cit said...

lama tak baca entry baru edina

SHAZRIZAL SHAHMY said...

bapa kau adalah bapa yg paling hebat...hehe



jemputsinggah

http://shazrizalshahmy.blogspot.com/2011/07/nama-nama-yang-dilarang-di-dalam-islam.html

Fauzan Zain said...

sayangilah mereka selagi mereka ada..

dina kasyah said...

ku cit > hahaa..skrg dina slow sket lah..hehhe

dina kasyah said...

shazrizal shahmy > well. u noe dat..haha..thnks sudi singgah =)

dina kasyah said...

fauzan zain > setuju!!

CALL ME NEPH said...

first time baca di sini

Chareal83 said...

Assalam, Nak tgk org lidi... bila nak create lagi... huhu... Bapak Ayam tak termasuk tau.... kehkehkeh.....

puteri kasih said...

eh itu gambar boyfriend akak

(prasan jap) hehehehe

Unknown said...

look at this web-site replica designer bags go right here good quality replica bags recommended you read replica louis vuitton bags