Monday, May 9, 2011

ini ada satu rahsia

assalamualaikum.

hari ni nak pecahkan satu rahsia besar pasal guru. ohhh..statement terhangat bukan? haha.gelak nada bangga. aku tipu.

oke guys..aku sedar diri yang sepatutnya aku buat entri pasal hari ibu tapi aku saja nak cari kelainan. ramai sudah blogger buat entri pasal ibu, jadi aku buat entri pasal guru. nanti bila tiba hari kemerdekaan kau buat entri pasal bahagia menjadi rakyat malaysia aku buat entri pasal hari gawai. kau buat entri hari raya aku buat entri sambutan deepavali di rumah samy velu, kau buat entri hari wesak aku buat entri pasal sambutan hari sembilan maharaja dewa. memang fikir pendek punya budak nak cari kelainan.

baiklah. sy cuba untuk serius kembali...1..2..3..prettt pettt petttt. apakah itu? bunyi usop wilcha beraksi atas alasan kegagalan buah pinggang untuk berfungsi dengan sempurna.

baiklah serius. dulu aku selalu tertanya tanya kenapa ayah aku selalu senyum seorang diri bila semak kertas jawapan pelajar-pelajar dia. ayah aku cikgu sekolah menengah. tak payah lah tahu sekolah mana nanti pakat pakat berebut nak hantar adik dia masuk sekolah tu gara gara nak jumpa ayah saya yang handsome bangat :)

sebab nak tahu..so tanya lah mak kan. ngek..ayah yang senyum pegi tanya mak pulak!
mak aku pun cikgu jugak. heee.mak jawab " pergi lah tengok ayah tuh". ooo pergi tengok ayah sebab mak pun tak tahu. fine fine fine

tok tok. aku ketuk bilik ayah.

" ayah..nak tolong semak jugak! boleh? "

ayah pandang aku atas bawah. hoho dina tak pernah minta duit belanja lebih tau ayah..

" Nah..totalkan markah kertas esei yang ayah dah semak ni " aku senyum lebar.

maka bermula lah kerja aku menjadi penyemak..bukan buat semak. maaf tak leh keluar tone suara kat sini. fasa awal kerja aku , aku buat muka biasa je tapi masuk fasa klimaks aku pun mula tersenyum tanpa dipaksa..done! dah tahu kenapa ayah selalu senyum sorang sorang bila semak kertas jawapan. nak tahu kenapa ? sila skrol entri ini sampai habis. makaseh. penat tau nak pecah kan rahsia ni. kononnya. haha.

sebab sebabnya budak budak tuh bagi 'love note' dekat kertas jawapan. seperti ini!

1 . ayat kasihan menagih simpati. ustaz!! saya tertido tadi..alamak, tak sempat jawab habis. memang kasihan jugak lah. memang jelas di situ tanda tanda awal dia mengantuk sebab ada kesan "sekelompok" contengan pen luar sedar . gian nak mencorak batik lepas langkawi agaknya.

2. dia buat lirik lagu. aku ingat lagi lirik lagu yang bertuah tuh relaku pujuk-spider. dia jawab penuh jadi hilangkan kebosanan mungkin. banyak masa lebih jadi baik berdendang sebentar. tapi macam sengal lah kan keluar lagu kumpulan spider dalam paper subjek feqah. sepatutnya keluar lirik lagu yusuf islam.

3. dia buat paper syariah macam paper subjek pendidikan seni. dia buat graffiti nama penuh dia kat muka depan. punya lah canggih siap ada tone warna biru hitam. tak boleh pecah belah. aku pun puji. ada lagi sorang tulis nama dia dalam tulisan khat. khat ijazah rasanya. berseni habes.

4. dia buat ayat bodek. kecik je kat hujung bucu paling tepi sekali muka terakhir .
" terima kasih ustaz " .ehm ehm

5. ini aku tak tahu kategori apa. dia punya love note lebih nasi dari kuah. " ustaz..boleh tak pulangkan balik CD musical high school tu "

jumpa lagi!

2 comments:

Jahirah said...

wah dasatnye...kreatif la tu kot.kalau cik aisha tataw xjwb n bia 0 je...hehee

Mawe said...

macam-mcam ragam time skolah ni.. hehe