Tuesday, November 13, 2012

Persepsi Aku Pada Huhu


Assalamualaikum.

Kenapa aku rasa tak berkenan ek bila orang mesej or reply mesej guna huhu. even comment ke, buat status ke..tak berkenan. bukan benci. sila faham my friends. haha.

Huhu ni adalah isyarat ketawa/senyum yang satu geng dengan haha-hoho-hihi-hehe yang biasa kita guna masa kita taip mesej. dan memang aku tak suka sangat membaca mesej yang melibatkan huhu. boleh plak macam tu..keke. aku mesti akan rasa orang belah sana tak ikhlas. haha. kejam gila persepsi. 

Tapi aku tak de lah anggap dia tak ikhlas. niat orang kita tak tahu. pandangan setiap orang beza beza.

Dina  : Din..lapar tak? jom turun makan nak?
Din    : Lapar. bila, sekarang ke? huhu
Dina  : Ha'ah..nak tak?
Din    : Nak..huhu. kita dua je ke? huhu
Dina  : Tak lah! Satu kelas!!

euwww..rasa geram gila dengan Din. kalau dia buang je "nak..huhu" ganti dengan "nak!" kan comel..rasa jugaklah dia eksaited nak ikut pegi makan. benci Din! tetiba.

Haha
Bagi aku orang yang guna haha ni memang membawa maksud dia tengah ketawa secara ikhlas. dan aku sendiri sangat suka guna haha. dan aku pun suka kalau orang text aku guna haha. sebab aku suka orang berinteraksi dengan aku secara santai dan bahagia. baru best!  

Dina  : Aku jumpak budak "mesjed" tu semalam. tengah makan nasi ayam.
Mila   : Haha..xleh blah budak tu. teringat kes dalam bas hari tu...haha
Dina  : Haha..gila eksaited dia jumpak signbord "mesjed"..kecoh satu bas haha
Mila   : Hahahahahahahhahaha!

Hehe
Orang sebelah sana memang sedang ketawa dalam keadaan tersengih atau sedang melindungi sesuatu. haha. itulah yang aku  bayangkan bila orang text aku guna hehe.

Dina  : weiii..aku nampak ko semalam kat Flaming Steamboat!
Atun  : Oh yeee? hehe
Dina  : Sape sebelah ko tu haa?
Atun  : Eh ne ad sesape? hehe
Dina  : Tettttt..kan dah kantoi..haha
Atun  : cis cis cis

Hihi
Orang tu tengah ketawa dalam keadaan mengusik juga sedikit gediks. haha. pandai pandai je haha.

Dina : Ada apa cari aku semalam?
Din   : Amboihh garangnye! hihii
Dina : Cakap je lah..ko nak pe?
Din   : Aku nak ko.hihi

Hoho
Orang tu tengah ketawa.tapi dalam keadaan apa aku tak sure.haha.

Masing masing lah aku rasa. sendiri punya pandangan. sendiri punya rasa. aku hanya cakap aku apa aku rasa. hehe. tapi sebenarnya, bila seseorang tu text kita guna haha ke, hehe ke..automatik kita akan turut sama merasakan hehe dan haha dia tu kan. kan orang dah cakap, senyum tu berjangkit. ikhlaslah.


20 comments:

dEdEQ dE wIshEs said...

HOHO TU TGAH KETAWA DALAM KEADAAN MULUT SAKIT OR TERLOPONG .. HIKHIK

dina kasyah said...

yes..suka pada "melopong" tu haha. melopong. betul2. dah bayang tp xtahu nak describe macam mana.

Jie said...

haha, okay ! huhu tu biasenye kalau malu2 sikit, gune lah ayat tu :)

dina kasyah said...

haaa..malu malu ek..betul jugak!

puteri kasih said...

ramai juga yang suka guna huhu tu kan...rasanya kak puteri lebih banyak guna hehe :P

Dear Jim said...

dina,

lawak seyhhh..hahhaahhaha!...a'ah memang kalau guna huhu tue memang jim pun kurang berkenan...hahahaha!

dina kasyah said...

puteri kasih > ha'ah..kak putri memang hehe je rasanya..hahaha.comel pe hehe.

miss jim > yes! samala kita. mmg seiring sejalan la kita ni jim hihii

yana halim said...

hoho... (eh eh....jangan salah sangke)

hihi... (gelak gedik/ bermanje sikit2..)

haha..(gelak lepas x de control2)

hehe... (gelak gedik. double meaning pun boleh jugak)

muehehe...(gelak ada tanduk berunsur syaitonirrojiimm)

ekeke..(geli hati sendiri)

huhu... (bukan gelak tapi rasa agak sedih dan terkilan di situ)

Sebab akak kuat gelak, mmg semua kat atas tu selalu guna. Tapi yang sebenarnya, time akak menaip entri setahu akak la...SEMUANYA flat face! kah kah kah...

senyum saje. tak pernah gelak. apatah lagi sob sob atau T_T masa menaip. LOL...

dina kasyah said...

wah kak yana..boleh bt entri part II dah ni haha. sokong! lebih kurang la kita fikir..kihkih. tp part flat face tu lg betul..hahaha.mmg tak gelak(zahir)..tp hati gelak ;)

Yaya Mohd said...

alaaa yaya suka jgk gune 'huhu' tu..'heeee' pun slalu jgk...'ngeee' xde ke?haha ^o^

dina kasyah said...

guna je yaya.xde salah pun.haha.

ngee ek? haha..bt masa ni rasa xde lagi ;)

Miss Zahirah said...

hoho.. tu teringin nk jdi santa claus kot.. hahaha... ;b

Nesacha said...

nesa slalu guna hehe n ahaha.. yg ni pd pndangan nesa sguh jujur dan ikhlas walaupun bile menaipnye xde pun tergelak..ahaha

Niza Romli said...

Tapi akak suka HUHU..
haha! Acaner?

tirahzairi said...

kadang2...tersalah hihi/huhu dan sebagainya boleh menimbulkan salah sangka dan perang beso....jauhilah!!! hahahhaahhahaa

Crack said...

hahahaha...sempoi la post ni.... kekadang guna jugak huhuhu tuh, nak kena benti guna ni..

dina kasyah said...

miss zahirah > haha! maybe la kan

nesa wazir > opkos la nesa.haha.klu gelak gelak betul kang pelik lak haha

niza romli > aiii kak niza..cari gaduh ke? haha.teruskan dgn huhu akak tu.tadahal lah.hihi

tirahzairi > kan!! sgt setuju.padahal kekadang typo je.

crack > eh ehh..xyh la sampai benti guna..ni bukan post "say no to huhu" hehe.

s h a said...

Dear...me guna huhu tu bile sedih selalunye.Contoh, "Sampai hati awak xnk teman sy.Huhu." Amek...siap contoh.Hahaha.

dina kasyah said...

ha'ah! kan..sedih..boleh jugak tu :)

yanmaneee said...

hogan outlet online
yeezy
kyrie shoes
balenciaga shoes
nike cortez women
birkin bag
balenciaga
longchamp bags
hermes handbags
kobe byrant shoes