Tips Hilang Bosan ceh tajuk tak boleh belah empat belas haha
Sebenarnya nak menulis untuk bagi tips macam mana nak elakkan kebosanan bila anda duduk di bilik single. BILIK SINGLE. Bilik yang tidak ber roommate. Siapa yang duduk di rumah bersama lagi dua belas orang kawan itu bukan bilik single perlu ke aku jelaskan banyak banyak kali huh. Ok macam aku, aku ni penghuni bilik single.
Then kalau orang tanya siapa rumate kau?
Aku stay bilik single lah..
What!! bilik single? gaya tegur macam tak puas hati giler aku duduk bilik single T___T
Kau tahu lah ukm kaya macam mana haha. punya bangga aku haha
Tak bosan ke? psiko sungguh.dia tak puas hati la tu dia bukan budak ukm haha
Tak bosan ke? Siapa sebenarnya hepi hidup sorang sorang? tapi nak buat macam mana, merit kolej meletup sangat semester lepas haha layan je lah bilik single hihi. tapi bukanlah hidup lara sangat kat bilik single ni. kawan kawan berderet je sebelah menyebelah, hujung minggu lepak jugak makan+wayang+joging, tapi itulah bila di bilik single banyak masa bersendirian lah. so macam mana nak bagi tak bosan?
1. Pastikan bilik itu penuh dengan harta benda yang comel comel. Benda benda comel ini buat kita rasa hepi je, senang hati je. konon! padahal kalau tengah stress tak perasan pun props tu comel cis cis cis.
2. Pastikan ada benda nak dibuat main bila kebosanan. Beli teddy comel comel pastu usung je ke mana kau bergerak, setakat dalam bilik tu je lah. Contoh bawak dia study dengan kau. Sebab tu aku cakap teddy yang comel (kecil) kalau dah gedabak besar kuali dodol manakan kesampaian sayangku. At least bila kau tak pandang buku kau boleh pandang beliau haha. Jangan lah di usung menatang tu hingga ke luar bilik. Malu jiran sebelah kak
Suke giler aku maen pingu debab ni. bergolek golek tak sedar diri haha. comel!
3. Pastikan ada game pujaan hati. Ini untuk elak bosan yang melampau, so bermainlah bila perlu. Tembak zombi ke, tanam pokok ke eh beribu sebenarnya kau boleh layan. cari ye cari..
layan sudoku or word search pun berbaloi jugak :)
4. Pastikan ada pakaian comel comel untuk di pakai dalam bilik. Comel yang bermaksud design dia cantik but suits la untuk dipakai dalam bilik bukan pergi candle light dinner haha. i love long skirt. sebab tu selalu alergi bila jumpa skirt labuh. sebab tu suka pakai skirt labuh dalam bilik. sebab tu perasan ayu je memanjang haha
sekali pandang pun tahu ini bukan aku T__T sumber: incik google ensem
5. Pastikan stok makanan maintain berbakul bakul. Takde contoh gambar. Harap maaf T__T
6. Pastikan ada set nak mewangikan bilik. Bilik yang wangi memberi aroma kan? dan aroma membentuk emosi kan? wah berbombastik kau ngah..
Beria ria kan aku. boleh aku susun benda ni cantek cantek atas lantai pastu snap masuk blog haha
7. Pastikan ada sesuatu yang memberi semangat untuk belajar. Bila belajar sorang sorang mudah bosan kan? selain tembak zombi dan layan MP3 apa lagi boleh dibuat? Apa lagi, motivasikan diri sendiri lah =)
OK. ada masalah dengan ini ? haha
12 comments:
ok byk gila brng comel! geramnyeee!!
harta benda comel comel haha.
addicted tengok brg2 comel je, pastu nampak terus nak capai huh
tq for comment girls :)
Hahahahahaha aku dpt 2.08 je dulu
haha. ade x tips untuk elak bosan ketika di rumah plaza rah? :D
empayarutama: mujur tagline tu untuk wanita cantek sahaja :P
mawar : kahkahkah. ada.ada.
m.e.m.a.s.a.k beramai ramai hahaha
dan juga lepak kat swimming pool haha :)
comel....
pernah msauk ukm sebab nak asset sighting jer... misz Domu pun duk sorg2 je kat bilik..if boring..kerja gue..cakap ngan bear
nice ! :D
menarikk...^^
Suka gmbr yang last tue... orang yang cntik je boleh dapat 4 flat... hehehe
Pastikan ada set nak mewangikan bilik. Bilik yang wangi memberi aroma kan? dan aroma membentuk emosi kan? wah berbombastik kau ngah..
industrial sewing factory ,
stitching units near me ,
Post a Comment