Thursday, April 21, 2011

lampiran pertama


AKU DAN BUNGA

Jangan percaya sangat aku suka bunga, lalu aku namakan blog ini aku dan bunga. tidaklah begitu ya. aku suka bunga tapi tidaklah sampai gantung key chain bungaII siap berbuluII tu dekat handphone, paste wallpaper bungaII keliling bilik, pakai baju bunga hariII bila masuk kuliah, tanam bunga petangII sambil tunggu titik hujan datang merintik , makan bunga bila nampak enak :P oke..amaran ya,jangan cari produk baru tentang bunga di sini. aku tak menjual bunga,membungkus bunga, membuat delivery hantar bunga raya pada kekasih anda..tidak oke. nak hadam kenal semua spesies bunga dalam malaysia nih pun aku tidak mampu. tapi boleh juga kalau nak mencari ayatII bunga kat sini. hohoo..eh.boring gila lah cakap pasal bunga.
 

Aku dan bunga itu idea spontan yang datang bila siapkan header tak tentu hala kat atas tuh. maen taram je tangan layan photoshop.


Aku blogger baru, tidak sehebat mana. kalau lah kata aku dan bunga cuma bertahan selama 7 hari iaitu seminggu, tolong kuatkan aku..kalaulah kata aku dan bunga cuma bertahan 29 hari 47 minit..tolong ketuk kepala aku dengan senduk. bengong dah la tu buat belog tak sampai sebulan dah hilang minat.

Terima kasih singgah di belog aku dan bunga. singgah hari ini, esok datang lagi okey!


1 comment:

edina kasyah said...
This comment has been removed by a blog administrator.