BERSYUKURLAH
kau masih mempunyai keluarga, bukan sebatang kara. masih ada mak ayah yang masukkan duit dan bayarkan bil broadband kau tiap tiap bulan. masih ada along angah adik nak dibuat teman nengok cerita hantu kak limah balik kampung.
BERSYUKURLAH
kau dapat tidur atas katil empuk sambil peluk teddy bear yang besar kalah badak jadian, bukan terpaksa tidur alas bumi berlangitkan bintang bertemankan si pungguk tua.
BERSYUKURLAH
kau sihat walafiat. kau masih dapat bernafas sedut udara free gitu gitu je.
BERSYUKURLAH
kau boleh mendengar muzik, boleh makan white chocolate macadamia, boleh melihat matahari terbenam kala senja, boleh mencium sedapnya laksa buatan mak, dan boleh bergosip sakan.
BERSYUKURLAH
kau masih punya kawan kawan yang baik untuk menceriakan hidup kau, untuk basahkan kau dengan tepung pada malam hari jadi, untuk tumpangkan bahu kala kau bersedih, untuk teman kau menonton wayang, untuk temankan kau pergi toilet tengah tengah malam buta.
BERSYUKURLAH
sebab kau berkesempatan masuk sekolah, masuk sekolah berasrama , masuk universiti. walaupun kau terpaksa bersengkang mata baca buku anatomi yang tebal macam bongkah bata, walaupun kau terpaksa stay kat asrama sampai tiga bulan, walaupun kau terpaksa jadi kebal tahan sedih sebab terpaksa bunuh tikus dengan sengaja, walaupun kau terpaksa bertabah buat ulangkaji untuk peperiksaan, namun percayalah ramai orang bermimpi untuk berada di tempat kau seperti hari ini.
BERSYUKURLAH
kau masih boleh menjadi histeria melihat lakonan lee min ho dalam boys over flowers, dan kau masih mampu menitiskan air mata saat menonton cerita 3 idiots.
BERSYUKURLAH
sebab kau mampu terharu melihat kesengsaraan orang lain walaupun kau tiada sebarang hubungan dengannya. itu tanda kau masih mempunyai perasaan.
BERSYUKURLAH
kau hidup dalam negara yang aman damai, yang buat kau boleh bershopping tanpa rasa takut takut, yang buat kau beribadah dengan rasa tenang, yang buat kau bekerja dengan yakin, yang boleh buat kau melancong sana sini dengan gembiranya.
BERSYUKURLAH
kau ada bakat. kau boleh menyanyi, kau boleh menulis lirik, dan kau boleh mendaki gunung kinabalu dalam tempoh satu jam tanpa henti.
BERSYUKURLAH
kerana kau hari ini masih hidup. masih sempat menulis entri dan berblogwalking.
DAN
BERSYUKURLAH
kerana kau dilahirkan sebagai seorang islam, itulah nikmat yang teragung. walaupun kau tak minta tapi itulah tanda kasihNya.
Alhamdulillah.
# ditokok tambah oleh : edina akasyah.
# berhentilah mengeluh.ucapkanlah alhamdulillah.
# berhentilah mengeluh.ucapkanlah alhamdulillah.
13 comments:
hai salam kenal..
hmm nikmat Iman dan Islam takde ganti, jadi hargai nikmat tersebut. sekali hilang nau'zubillah
p/s: solat salah satu tanda syukur, cukup solat beres semua
bagus nye entry nih!
bersyukur lah dengan apa yang ada....
ye, sy sgt brsyukur dan akn terus brsyukur :D
kadang2 manusia lupa utk ucap syukur...
alhamdulillah..byk nikmatNya..kite je xbersyukur slame ni..dh bg betis nk peha..ishh..hm..bersyukur la kite dgn ape yg ade...
republik n9 > thnx atas pandangan =)
amir aizat > thnx~ hehhee
bersyukur di atas nikmatNya..
bersyukurlah dengan apa yang kita ada..
alhamdulillah kita masih bernafas..
Alhamdulillah. Terima kasih Allah.
Terlalu banyak nikmat yang diberi oleh-Nya dan tak terbalas dengan segala amalan kita di dunia.
Alhamdulillah ya Rabb...
nice post, Sis.. salam kenal.. ^^
alhamdulillah.moga semua mendapat manfaat.
salam kenal muxlimo =)
Post a Comment