Friday, May 6, 2011

perkara buat kita rimas sangat-sangat



bila baca novel kau dan aku karya siti rosmizah tuh serius aku rasa masuk dalam cerita tu sambil siap dalam hati bagi amaran berganda dekat si suami hye please jangan la tinggalkan bini kau sorang-sorang, sampai kan aku rasa sayang pula pada watak farisya. ini lah sebenarnya aku benci tengok drama or even movie or baca novel rasa tertekan bila sangat teringin nak tahu kesudahan sebab itu sanggup hadap novel tak makan tak tido tak siram pokok pasal nak tahu ending macam mana. kalau masuk panggung lagi lah siap tepuk-tepuk kawan sebelah tanya apa nak jadi lepas ni macam lah kawan tu pengarah filem . ohh benci sungguh.

sebenarnya bukan nak cakap pasal rasa tekanan semasa menonton mahupun membaca novel. direct la eh nak cakap pasal sorang budak ni. budak yang aku tak kenal. dia hantar sms kat aku.

sms satu : hye

sms dua : salam, nak berkenalan? boleh x?

sms tiga : hafizah ek?

aku tak reply dowh. mamat ni syok sendirik. serius tidak faham aku. mana etika? dia tak tahu ke kalau aku tak reply tuh dah lah. paling tak hengat dia panggil aku hafizah. hahaa.aku bab nih aku betul-betul nak gelak sakan. kalau dah dia panggil aku hafizah aku tahu lah dia nih kawan sapa dan sapa punya mastermind disebalik tabir. sorang je dalam dunia nih pernah kena tipu dengan aku kata aku nama hafizah.

actually aku tak kesah sangat tapi nih sebenarnya salah satu punca kenapa aku nak buat entri pasal perkara-perkara rimas di dunia. terjadi pada aku, mungkin tidak pada kamu.

1. dapat sms nak berkenalan. cuba gentleman sikit. entah gaya gentleman tu macam mana jangan tanya aku lah. aku pandai cakap explain fail. ini kena jadi point first sebab point nih point peneraju bangsa berjaya.

2. nak tunggu keputusan masuk ipta. punya berdengung telinga bila mak asyik duduk sebut eh anak kak jah dah dapat masuk usm. doii..masa makan masa tengok buletin utama masa tuang kicap masa tu lah mak asyik bukak cerita bila aku nak dapat masuk u. oh mak tidak tahu yang tawaran usm memang keluar awal. alasan jugak pasal nak cover aku pun risau gila bila tak tahu masa depan. bila aku dapat tawaran masuk ukm lagi mak bising. heboh pulak sekampung anak dia masuk ukm. doiii. aku sayang mak aku.

3. masuk blok asrama budak-budak buat bising kecoh macam tak jumpa bertahun. padahal baru tadi prep sesama.

4. ada mamat tidak kekurangan stamina kerana tough malahan ensem pandang aku dari jauh. benci tol aku. nak amek daging ayam masak merah pun segan. nasib baik kenduri nih kenduri kawen sedara aku, kalau tak aku lari balik rumah dah. aku perasan bukan.kahkah.

5. turun pasar malam. aku tak suka sangat. bingit bising macam nak pecah gegendang. murah murah sekilo 3 hengget beli 3 percuma 1 selonggok 2 hengget 70 sen eh serius bengang lah. sebab tuh kalau ikut mak pergi pasar malam aku lagi rela duduk dalam kereta tak pun aku ajak mak aku jalan cepat cepat. haha. golongan bonda kalau berjalan kau fahamlah selagi tak membelek selagi tak menyentuh selagi tuh tak berganjak. doiii. aku sayang mak aku. jalan dengan ayah aku suka. express. ada tujuan senang cakap. beli beli balik. haha.

6. masuk kelas phsycology. serius psycho. balik dari kelas memang lepas tuh pandang orang dengan dua perasaan.

7. tengok manusia berkepit. maaf cakap kalau kau buat. no offend. kita anak melayu adat dijunjung, trend couple elok elak. kalau lah time tu aku ada senapang gajah memang aku bagi dah dua tiga kawah das tembakan. tapi setakat nih belum ada lesen nak punyai senapang gajah lagi jadi cuma boleh lempar gam gajah sahaja.

8. dengar masalah cinta kawan aku. aku nih bukan lah jahat sangat oke. ada jugak sikap seorang pendengar setia. bagi tumpang bahu, sua tisu sambil tepuk tepuk bahu bagi semangat. tapi bila dia asyik ulang masalah tragedi yang sama pasal pakwe maen kayu tiga aku nak kata apa. sebagai kawan boleh kata sabar -sabar -sabar, padahal kalau ikut hati perempuan brake-brake-brake. brake!!!

9. time nak tido boleh tiba-tiba idea nak menulis datang. serius lepas tuh jadi susah nak tido sebab terbabas berangan. ohh benci

10. baca entri panjang-panjang. panjang kan entri aku. aku tahu kau rimas. ok aku berhenti.

*offline*


4 comments:

tokwan muda said...

giler r entry bagus2 mmg betul pun...

Muttallif said...

Kalau entri panjang takper maseh ade lagi perenggan-perenggan nya...klw entri panjang satu jalan terus, perenggan pun takder??? apa macam??
Muntah Hijo dibuatnya

Singgah Dari :I Think OF

dina kasyah said...

kejap nak tengok.oke entri sy ada perenggan jugak :P klu tak enchik taliff pun muntah hijo dah!

dina kasyah said...

makaseh tok wan muda. susah susah je puji. kehkeh :)