Saturday, August 6, 2011

Duduk Tak Senang, Hati Terkenang-Kenang




Overdose gila tajuk entri aku haha!

Sekarang bulan puasa. cehh macam orang lain tak tahu je ni bulan puasa hoho . Sejak datangnya bulan mulia ni betul aku rasa haru semacam. Asal bukak tibi iklan makanan berderet deret cis cis cis

Eh..sejak bila kfc ada menu lunch baru ni?

Woiii..ini iklan lama la..dah berzaman kot

Oh +___+ sos die melimpah sangat best oh

Dugaan betul sebab masa puasa baru nak perasan itu semua. Betul lah bagai di pantun gendang gendut tali kecapi kenyang perut suka hati . Masa tak kenyang tengok cornetto mini pun seksi habes oh benci.



Lorrr dina, kenapa sidai gambar ais krim ni? hate u hate u


Puasa tahun ini sempat lah aku berpuasa bersama famili mujur dapat cuti panjang berjela jela. Kalau tahun sebelum ni tergedik gedik curi cuti hujung minggu nak balik rumah punya pasal tapi bila dah ada peluang teringin pulak nak bukak puasa ramai ramai dengan kawan kawan oh apa punya perangai budak ni serba tak kena cuba bersyukur apa yang ada (biasanya aku jarang tulis merepek repek macam ini ) ^^"

Semalam aku pergi terawih berdua dengan kak nana. kalau sebelum ni mak ada sekali tapi sebab semalam mak buat hal jadi aku gerak berdua dengan kak nana. Ingat aku je rasa tak sedap hati rupanya kak nana pun rasa

Serius ke kita nak pergi ni?

Jom je la kak..macam ada orang nak tegur ( padahal hati cakap lain)

Ini adalah perasaan normal bagi perantau macam aku dan kak nana dan etc. Sudah lah payah nak nampak muka kat kampung jadi orang nak mengecam nya pun lagi lah payah benci buat ayat berbelit macam ini haha. Kalau ada mak aku , orang kampung senang sikit nak cam oh ini anak kau ye syimah dah besar panjang slim tinggi cantik jelita dah ye. aku copy ayat biasa yang orang selalu gunakan bila melihat aku dengan mak aku. kihkihkih. Begini lah rasanya hidup tercampak keluar kampung. Bila pulang ke kampung asal sapu halaman rumah je orang lalu mesti paling dua kali ohh rasa nak je lempar pencakar sampah kat muka mereka . Pantang aku pantang aku orang tak kenal aku ni. Jadi semalam aku dan kak nana masuk masjid dengan senyum simpul dan get ready jawapan dalam kepala saya anak syimah haha.


Masih dengan cerita ramadhan,teringat status dak izmil kat fb

Aku rasa sekarang ni korang bukan lagi peminat lagu ungu, ataupun lagu senandung aidilfitri, mahupun lagu axls akulah kekasihmu, tapi sekarang ni korang mesti lagi minat nak dengar azan maghrib kan?

haha.aku baca.aku gelak.



6 comments:

Cha Ril said...

Salam, Lama tak update blog? buat kuih raya ke? hehe... Salam Ramadhan untuk Cik Dina.... Apapun time puasa ni makanan apa yang ada depan mata semuanya best... :)

Edina Kasyah said...

haha tak de lah. thnx charil =) slmt berpuasa jugak!

Duta said...

menarik2 haha

Edina Kasyah said...

apa sgt yg awk tertarik tu haha. tq singgah :) salam ramadhan alMubarak.

muz said...

dah besar panjang slim tinggi cantik jelita dah ye...

wooo...hehe, kim salam...

Edina Kasyah said...

kim salam not allowed here haha ^^"