Saturday, October 29, 2011

Contest Novel Bersiri Setulus Kasih Maisara



Kak putri..dah siap!! haha * muka bahagia *



Akhirnya berpeluang untuk siapkan contest ( KLIK BANNER)  ini sebelum tarikh tamat.. phew phewww~ tarik nafas panjang sebab buat laju laju haha. next week saya ada exam..doakan! ok dina jawab soalan dulu la eh sis.

1) Saya suka blog Puteri Kasih sebab tuan belog dia comel dan baik hati, intipati dalam blog pun sedap untuk dibaca..apakah ayat macam ini.  haha. dina suka singgah, suka drop komen, suka usik sis..suka skodeng blog ni diam diam walaupun tengah berperang siapkan esaimen hehe. konklusi : dina suka blog PUTERI KASIH.

2)  ...dan ini sambungan novel Setulus Kasih Maisara. 

Setelah Putera Hazli pergi dan tidak lagi muncul dalam mimpi Maisara...OK DI SINI DINA AKAN BERMULA..jangan patah hati bila tidak keluar versi sri diah mahupun fauziah ashari +____+ bismillah...
 
********************************************

....kehidupan Maisara kembali terurus. Dia yakin akan apa yang Putera Hazli sampaikan dalam mimpi tempoh hari. Akan sampai suatu waktu, akan hadir seseorang yang akan menyayanginya sepenuh hati, mungkinkah dia akan sepertimu? Ahhh Azli..rindu ini tak pernah pudar! Mai tersenyum sendiri. Sudah kelaziman bila nama Azli bermain di minda, pasti bibirnya akan mengukir senyum.

Dammm!!

Terhempas kotak dari pegangan. Habis bunga berterabur. Maisara terdorong ke hadapan.

“ Eh maafkan saya..saya nak cepat tadi..cik tak apa-apa ke?” Lelaki yang merempuhnya menghulur tangan kepada Maisara. Membantu gadis itu untuk bangun. Maisara sekadar menggeleng. “Tak pe, saya OK”. Dia cepat-cepat bangun. Huluran tangan lelaki itu tidak bersambut.

“ Betul ke OK ni?” Maisara yang sedang mengibas-ngibas bajunya yang sedikit kotor terhenti.  Dia memandang lelaki di hadapannya.

“ Ya..saya OK..see boleh jalan ni”  Maisara mengukir senyum. Senyum berbalas. Senyuman lelaki ini seperti menggamit memorinya pada seseorang.

“ Tapi saya rasa bunga cik tak OK”.

Maisara pandang bunga-bunga plastik yang sudah patah riuk bentuknya. Kasihan. Tak da rezeki nak buat macam mana.

“ Ehm  tak pe. Bunga-bunga ni boleh berganti. Stok banyak” Maisara jawab acuh tak acuh.
Pandangan kembali ditala kepada lelaki tadi. Berdebar pula Maisara, lelaki ini tekun merenungnya. Dalam-dalam. Sedikit menjentik emosi Maisara.

“ Encik..encikk..yuhuuu...” Maisara melambai-lambai tangannya di wajah lelaki yang merempuhnya tadi. Dah sudah..mamat ni nak action jadi tugu peringatan pulak!

Ahhh biarkan dia nak mengelamun. Maisara segara mengutip kembali bunga-bunga plastik. Kena betulkan balik la yang mana rosak ni aduhh...Maisara mengeluh sendiri.

“ Cik..awak free tak sekarang? ”

Maisara tergamam. Dia bingkas bangun dari terus mengutip bunga-bunga yang jatuh itu.

“ Eh..kenapa?”

“ Saya nak bawa cik keluar makan. Sebagai menebus kesalahan saya merosakkan bunga-bunga cik tu”

Maisara hampir tergelak. “ Tak mengapalah..saya kata tak apa tadi kan”

“ Sekejap je. Lagipun lepas ni cik nak terus balik rumah kan? Apa kata temankan saya sekejap, kita minum-minum dulu. Lepas tu saya hantar cik balik..sudi?”

Mana dia tahu aku nak balik terus lepas ni?


*****************************************


“ Saya nampak cik senyum sorang-sorang tadi masa berjalan. Berangan ye? Sampai jalan tak nampak orang depan”

Terangkat kening Maisara mendengar kata-kata lelaki itu tadi. Ahhh..malunya..dah terkantoi senyum seorang diri..uhuhh!

“ Mana ada saya senyum sorang-sorang”  Wajah Maisara sudah memerah.

Lelaki itu sekadar tersenyum. “Silakan cik ”.Dia membukakan pintu kereta buat Maisara masuk.

Puan, saya bawa anak puan keluar kejap

OK. Plan menjadi ke?

ON.tapi saya rempuh dia kuat sangat

Anak dara saya tu azli..

Haha. Sebab anak dara puan lah saya rempuh kuat-kuat. Dia lagi kuat rempuh hati saya.

Azli tersenyum seorang diri membaca sms yang di balas Puan Mona.

“ Kata orang..” Maisara mencebik.

Senyuman lelaki itu mati. Handphone di masukkan ke dalam kocek. Kereta mula bergerak.

“Salah ke kalau saya nak senyum?” Lelaki itu bertanya sambil mengangkat sebelah keningnya. Seriusnya muka huhuhuu

“Dah tu saya senyum salah pulak?”

“ Salah sangat-sangat”

“Hahh? Kenapa salah?”

“Dah awak tu tengah berjalan, tengah bawa kotak, boleh tersenyum sorang-sorang.”

Maisara menjeling lelaki di sebelahnya. Bukan kerana terasa dengan kata-kata yang lelaki itu ucapkan tapi tersentuh dengan situasi yang dia alami sekarang. Terasa dekat di hati. Sama macam keadaanya kalau bersama Azli. Berbalah tak sudah.

“Hai..pandang saya semacam je..” cis. terkantoi lagi..

Maisara kembali memandang ke hadapan. “Saya rasa macam dah lama kenal awak”

Azli terpaku. Terdiam. Jantungnya berdebar kuat. Kalaulah Mai tahu siapa dirinya tika ini.

Kereta membelok ke taman bunga. Maisara tak berkutik. Taman ni?

“Jomlah turun. Saya nak bagi barang dekat seseorang”  Lelaki itu mengajak.

“ Tadi awak ajak saya minum kan? Kalau tahu awak ada date macam ni, saya tak ikut awak dah tadi..” Perasaan Maisara sudah tak menentu. Namun dikuatkan juga hati untuk melangkah turun. Dia menjejak lagi taman itu setelah sekian lama dia tidak berbuat demikian. Rindunya pada Azli kembali membuak.

“Awak rasa kat sini OK? Kita duduk sini nak?”

Maisara sekadar mengangkat bahunya. Mengikut saja akan rentak lelaki ini. Hatinya sudah berbaur dengan seribu satu rasa. Mengapa?

“Nak tahu satu cerita tak?” Lelaki itu memulakan bicara. Dia meneruskan selepas melihat Maisara mengangguk perlahan.

“ Dulu saya pernah terlibat dalam kemalangan. Teruk. Saya terhumban masuk gaung. Tapi nyawa saya panjang. Saya diselamatkan oleh sekumpulan pendaki yang kebetulan buat travel kat situ. Saya alami pendarahan teruk. Saya koma untuk 2 bulan. Muka saya melecur. Jadi saya kena buat pembedahan untuk bentuk kembali wajah saya. Selepas 3 tahun baru saya kembali pulih. Dan hari ini genap 2 minggu saya keluar dari hospital. Dan hari ini jugak saya dah berjanji pada diri saya yang saya akan pergi dapatkan kembali cinta saya dari seseorang. Seseorang yang sangat saya sayang. Awak nak tahu siapa dia?”  Walaupun lambat-lambat lelaki itu menghabiskan ceritanya tapi cerita itu sangat mudah untuk difahami oleh Maisara. Sangat mudah.

Azli memandang Maisara di sebelah. Azli terpempan. Maisara menangis tersedu dalam diam-diam.

“Azli..saya rindukan awak..sangat-sangat rindu”

Menitis air mata Azli medengar ungkapan dari mulut Maisara. “Saya juga Maisara” Yakinlah dia yang Maisara masih cam akan dirinya walaupun wajah dan bentuk tubuhnya berubah.

“Maisara..sudikah awak menjadi permaisuri dalam hidup saya?”

Maisara mendongak. Air matanya di seka perlahan. Dia terkejut bila Hazli menghulurkan sebentuk cincin kepadanya.

“Janganlah nak ternganga awak..tak romantik lah!”

Maisara yang tersedar tersenyum manja. Tak habis-habis nak mengusik.

“Mahu?” Lagi ke depan cincin itu di bawa ke wajah Maisara.

Maisara sudah malu-malu. Dia sekadar menghulur jari jemarinya kepada Hazli. Ohh nak minta tolong sarungkan lah tu haha

Sambil cincin itu disarungkan ke jari manis Maisara...air mata Maisara menitis lagi..

“ Maafkan saya kerana buat awak menunggu lama..”

“ Terima kasih Hazli. Terima kasih kerana kembali kepada cinta ini..”

********************************************

Ibu...alhamdulillah..hujung bulan ini ibu..

Dan dari sudut ruang tamu, Puan Mona tergelak kecil membaca sms itu..

Hazli ni..belum jadi menantu dah pandai panggil aku ni ibu ishh ishhh

***************** TAMAT *********************
Panjang lah pulak ^,^'

Saya memang kalau bab bab novel ni suka baca je tapi nak karang ohh memang fail. 

Sekian semua. terima kasih kak puteri :)


13 comments:

puteri kasih said...

alahai puteri edina sayang..sis dah jatuh hati dengan azli...hahahahah

Chareal83 said...

Wah romantiknya percintaan mereka... "kalau dah jodoh tidak kemana"

Tersentuh hati ini bila baca sambungan yang Cik Edina buat nie.... ceh tak pernah2 saya baca novel tetiba hari ini terbaca pulak... haha :)

dina kasyah said...

puteri >

hahahaaaa..habisla sis..lepas ni semua org nak jd mcm putera hazli haha

dina kasyah said...

cha ril >

hahaha.layan je la kan even xpenah bukak novel. tq!

Chareal83 said...

Haha.. mungkin lepas ni kalau penulisnya Cik Edina Kasyah saya akan baca.. :)

Yana Halim said...

nih dah boleh jadi novelis nih...hehe

dina kasyah said...

hahaha

novelis cikai2 leh la kak..hehe

EmpayarUtama said...

ok tu dah boleh buat duit sampingan lepas ni :)

dina kasyah said...

hahaha

nmpk sgt kena try lepas ni ^.^'

Abu Bagi said...

itu dia bakal penulis novel macam liyana..
mmg panjng, mana awal cerita ni pun aku tak tahu.. btw pandai awk mgrng, nice.. kalau aku lagi fail.. BM aku gagal dowh..:D

dina kasyah said...

wow..liyana zahim tu dh mmg pro..hehe

tengs abu..
xpndai mana pun..tp bole2 la sket..mungkin sbb dulu dina lulus BM kot ^^'

Anonymous said...

wow romantisnya :)

selamat bercontest :)good luck :)

Anonymous said...

yeah, gud luck! :)