Bertanya seorang senior kepada juniornya..iaitu aku, A'an dan Cah.
Kenapa korang suka sangat pakai kain batik ni?
Aan : senang kak. sarung pastu selit je
Aku : baru la ayu kak
Cah : banyak angin sikit kak
[ ketawa ]
Indahnya zaman asrama! rindu. masa zaman sekolah menengah, aku duduk asrama. Asrama yang satu bilik kongsi dua ploh pat orang..pergh.sekolah kau hado? haha. tapi sekejap je lah sebab lepas PMR aku pindah sekolah. Bilik aku nama Kamar Teratai. Bilik sebelah nama Anggerik, bilik bawah nama Ixora, bilik atas nama Melur. Bilik atas lagi nama Cempaka. Pengetua sekolah aku perempuan, penyelia asrama aku pun perempuan, so aku macam malas la nak mempersoalkan kenapa diorang letak nama bunga jadi nama kamar. Kalau aku jadi pengetua aku letak nama Kamar Infinity, Sephia, tak pun Aurora.
Masa zaman aku tu, budak budak aspuri memang layan habis pakai kain batik. Kononnya mahu belajar jadi wanita ayu kahkah. lagipun pesen skirt labuh tak merebak lagi time tu. Aku, A'an dan Cah baru je try pakai pakai kain batik ni. Aku pun A'an yang ajar haha. Cah? tough pompuan ni. gaya kalah tomboi tapi tak sangka la dia layan jugak kain batik. Sejuk hati mak nak..
Selepas kakak senior pergi.
Aku : Kak Idah perasan la wei kita pakai kain batik..
A'an : Berapa lama dah sebenarnya kita belajar pakai kain batik ni?
Cah : Baru hari ni..
[ ketawa ]
Esoknya masing masing dah lipat kain batik masuk loker. Bukan masanya lagi untuk budak budak 13 tahun menjadi ayu. Alasan cantek kahkah.
p/s : memakai kain batik perlukan kekuatan. siapa pertama kali cuba dah rasa rimas panas tak boleh duduk ganas ganas memang wassalam lah haha
10 comments:
best apa pakai kain batik. suka je sampai sekarang. :)
haha skrg mmg layan~ tapi masa dulu tu,umur baru 13 kak..berdiri pun dah sama tinggi dengan kain batik ceh
hahaha...seyes syok pkai kain batik.
seyes...xpnh n xtw pkai kain batik..now da 21 thun...xpndai lgi..erm..=(
best pakai kain batik,seksi yaww.haha :)
balik umah mertua je pakai kain batik. dok umah sendiri siang malam seluar..hehe
xreti pkai pun..huhu..memalukan kan..
Zaman sekolah... hehe terbau2 masa tu
miela jasmin & sesegar :
kan..kan..best kan haha
eyda dania :
xpe..baru 21, bukan 51 lagi hikhik
niza romli :
kehkeh..apakah style beno sis
domokun :
no worries..nanti2 reti la tu
empayar utama :
hehe..zaman sekolah kan paling best!
Post a Comment