Silap aku kerana terlalu selesa dengan kisah ini
Silap aku kerana aku merasakan jalan cerita cintaku cukup menarik
Silap aku kerana aku merasakan sudah punya jalan yang senang bersamanya
Silap aku kerana terlupa urusan hidup bukan aku penentunya
Silap aku kerana tak pernah dengar nasihat mak! Mak..rindu mak..*nangis* lagi...
Dan kerana silap silap dan silap inilah (padahal banyak lagi silap), aku menangis sepanjang lorong puduraya-plaza rakyat. ahh malu bila aku ingat balik.dan aku tak tahu nak simbah malu ni kat siapa maka aku simbah dekat blog. biar korang yang baca pun rasa malu. eh eh!
Dulu aku belagak sangat, cerita pasal dengar orang menangis teresak esak dalam shower/toilet..last last kena batang hidung sendiri..baru rasa apa orang rasa, lagi naya boleh aku ter sok sek sok sek dalam komuter sorang sorang. Bukan tak sedar orang keliling, bukan tak tahu itu tempat awam..tapi anak anak..itu namanya tindakan refleks!? masa tu, aku berharap aku jumpak mila, aku nak dia ada depan aku. aku nak tumpang bahu dia..tapi dia tak da..
Pertama kali dalam hidup aku rasa hati aku terbeban sangat sangat, maka aku menghamburkan air mata secara membuta tuli di tempat awam. pecah rekod punyai attitude baik setiap saat.eh eh!
Tapi menangis bukan benda salah pun.
4 comments:
Laa pasai apa ni dina? cer citer sikit
kak niza!!
xde lah..saje nak luahkan sedih.n rasa malu +___+
dalam komuter tak pnh tapi dalam kete dok sok sek kat belakang. huuuu
haha.bezanya dalam keta org xramai..dlm komuter 1 gerabak manusia.huhuu
Post a Comment