Wednesday, October 31, 2012

Sebelum November


Assalamualaikum :)

Nak ada blog senang je, nak mentulis dalam blog tu yang susah. kenapa? tepuk dahi banyak kali.

btw baru baru ni aku tersalah hantar sms dekat orang.malu.malu.malu.abaikan.cerita lama.

cerita barunya..begini..

ok.minggu lepas,aku balik kampung sempena Aidiladha. naik bas.yep aku nak bercerita pasal bas, bukan pasal daging berkawah kawah, baju raya hatta rempeyek sekalipun. Bas balik ke Kuala Lumpur. Bas terakhir ada untuk 29 November 2012 dari Kulim-KL. 11.30 malam. Beli dah last minit memang penuh lah seat dari pagi ke malam. mujur malam tu ada sipi sipi je baki seat untuk aku. Jadi aku pun decide 11.30 pun jadilah bang..janji dapat balik. Walaupun malam, walaupun seat double aku redha. dan aku beria cakap kat abang tu..abang, bagi saya seat dekat tingkap tu. dan seat sebelah aku kosong lagi masa tu. sambil pesan kat abang tu..kalau boleh kosongkan seat sebelah saya tu..tolong kosongkan eh. amboihhh sakan tak aku request macam tu haha. dan abang kaunter tu senyum je kat aku..OK dik! dan dalam hati aku berangan tak kan ada oranglah sebelah aku..kalau ada pun aku still dapat sebelah tingkap. berangan.

memang peel aku kalau beli tiket bas mesti seat single kalau dah TERkena beli double tu yang demand tak hagak hagak tu.

dan malam kejadian, aku ajak mak ayah aku keluar awal gila pegi stesen bas. konon biar aku orang pertama yang tengok bas aku malam tu dan aku orang pertama nak cop tempat aku sebelah tingkap.tapi aku silap, masa aku sampai bas ada cuma pintu tak bukak. takkan semata mata nak duduk sebelah tingkap aku sanggup pecah masuk ikut tingkap. tak kelakar.

dan dan je pintu bas bukak, berdesup aku lari masuk bas. tipu sangat aku lari.haha. ramai orang keliling stesen jadi cuba bayangkan aku jalan melenggang mak iloi iloi. sampai kat tangga bas tup tup ada sorang mamat pakai cap senget bajet hensem potong line aku. dia letak beg dia kat seat dia..dan bagi aku tu normal lagi tapi bila aku pandang dua kali ok ok mamat ni letak beg dekat seat aku. not good not good. 

Aku : Seat awak ke tu?
Mamat cap senget bajet hensem : Eh tak lah! tempat kakak saya. saya tolong letak je
*dalam hati lega..ingat kena duduk sebelah lelaki..tapi...*
Aku : Seat saya tu sebelah tingkap..
Mamat cap senget bajet hensem : Tapi saya dah letak beg kakak saya dulu
Aku : No! seat saya 3C memang kat tepi tu..awak 3D sebelah seat saya
Mamat sengal : Tak tahulah..kakak saya mintak copkan!

hehhhh pastu dia terus blah. sakit hati aku. ok abang kaunter tipu aku..fine fine.

tapi aku tak kira.. aku alih beg kakak tu, aku amek seat aku balik. macam kejam. tapi kakak tu lagi kejammmmmm..

sedap sedap aku nak bersandar, dia tetiba datang..awak..seat saya kat hujung tu..

ada la sesi berbalah comel sikit sikit tapi aku selaku adik maka beralah lah. Kempunan aku nak duduk seat tepi tingkap =.='

lepas tu akak tu duduk tepi tingkap..pastu dia tidur berdengkur kuat gila..pastu aku tak boleh tido..dah lah jalan jam..pastu aku bengang sorang sorang haha. sampai Puduraya pukul 7 tu..sudahnya aku pening kepala. masuk kelas pukul 10 aku jadi tingtong..balik bilik aku tido sampai petang, lupa habis kena hantar borang n masuk makmal semua. oh dunia ~

btw..esok sudah November!




5 comments:

Jie said...

pengalaman nek bas. hahaa, xpernh nek bas sorg2 pun.

Karya Hati said...

tragisnya. haha..takpalah janji selamat sampai :)

dina kasyah said...

Lady > haha.untunglah berteman!

LoveBug > yeyeh.selamat. tp xde la tragis mana pun u..sentap je sket..sebab xdpt seat tepi tingkap..keke.

puteri kasih said...

alahai..seat diambil orang eh..keke

janji sampai kan..sentap tu terus dilupakan bila dapat tidur kan..hikkk

dina kasyah said...

memang tido habis habisan la kan pas tu haha.