Thursday, May 26, 2011

aku bukan tunjuk rajin



Semua ini pernah terjadi. Kau tak boleh berlagak biasa walaupun kau dah biasa dengan keadaan itu. Contohnya bila kita singgah rumah kawan, dah tepuk tampar alhamdulillah sihat lagi kau anak dah berapa? eh hidup lagi kau?? pastu dia ajak masuk. lepas tu hidang air, paling kurang pun dia jamu laksa semangkuk takpun mee goreng sepinggan mak aihhh sedapnya! belum lunch lagi ni.

Okeh lepas tu dah makan makan makan makan minum kau pun bangun lah nak tolong basuh pinggan. dia halang sambil kata ehh! tak payah susah susah, meh saya basuhkan awak tetamu duduk je. okey tak jadi tolong basuh walhal bila keadaan biasa memang kita selalu basuh pinggan lepas makan basuh mug lepas minum. paling bahagia dia cakap " eh tak payah tunjuk baik" mana ada nak tunjuk baik, mana ada susah susah pun..duduk la balik hadap cerita sinetron jela jela yang mana balik cuti dah 14 kali pun mesti cerita tu ada lagi..sambil tunggu dia sudah basuh pinggan. tak best kan? kita nak jadi diri kita. kita rajin! kita selalu basuh pinggan! kita hanya nak menolong. bukankah budaya tolong menolong itu budaya kita? ^^

Tapi kat sini aku nak bagitahu ada satu keadaan yang mana kau tak perlu nak berpura pura menjadi malas. kau boleh jadi diri kau. kau bebas. kau tak perlu pura pura berlagak biasa. kat mana dan situasi macam mana? yes! pergilah menonton nur kasih the movie. mesti sentap. tak akan ada orang nak halang kau emo, tak ada orang nak kata kau pura pura nangis. HEHEHHHEE. selamat menonton nur kasih the movie. saya dah selamat isnin lepas. jumpa lagi.hehhe.





9 comments:

ena meina said...

:)

Aini Azman said...

klu pergi rumah org mmg aini akan basuh pinggan sndri,.bukan nak tunjuk rajin,.tapi berbudi berbhasa la skit kan,.=))

Unknown said...

ish tayah susah2 letak je situ. takpe makcik, sikit je. hehe

Nur Izzma Hanis Abdul Halim said...

nurr kasiihh :)

Fieza Sani said...

tak terdetik pon d ati nak tgok movie nie.. ^^,

Addin said...

hee belum ada kesempatan nak tengok movie ni :) HUHU

anamizu said...

"takpe makcik saye dah biase"

*jgn buat tgn ke dada mate ke atas ye..hihi

nadia natasya said...

nak tgk tapi dah tak sempat :(

misyamissyou said...

hurmm.ayat paling sakit je hti bile kite dtg umah dh mkn minum nk pi basuh tu "tak payah nak tunjuk rajin/baik" benci gile ayat tu..haha..tp mmg diri kite kn pas mkn basuh..

xsempat lg nk tgk nur kasih the movie..huhuu