Friday, May 20, 2011

kisah dak padik dan sticker oren




premis I = dino tengah makan rojak
premis II = dona tengah siram pokok bunga
premis III = dina tengah berangan

siapa belum kenal Dino dan Dona boleh klik sini =)

********************************

Tadi pagi dak padik hye hye aku fat fesbuk. Padik tu kawan sekolah rendah aku, kampung aku dengan dia sebelah sebelah je jadi bila raya boleh main tembak tembak meriam buluh sambil lempar lempar bunga api gitu gitu jew punya nak cakap betapa dekat nya kampung kitorang. hahaha. dah berkurun aku tak jumpa dia tak tahulah gigi susu dia dah tanggal belum dan kebetulan hari tuh jumpa dia kat fesbuk dak nani terus aku add dia.

Padik > sapa ni? macam kenai la.

Edina > aku la, edina. kawan sekolah rendah hang laa..

Padik > laaaa..dak pandai ni ka. sihat dina? dah lama aku cari hang.

Edina > hahhaa. hang cari aku ka? mai je lah rumah. dekat je derr

Padik > tak nak aku. nanti cikgu syimah ingat aku dtg nak pinang hang plak.

Edina > boleh jalan.

Padik > selalu aku lepak dgn adik hang ja kat court badminton blkg rumah pak ndak leman.

Edina > tau. adik aku selalu dok habaq.

Padik > contact ngan wadi lagi dak?

Edina > Lost~

Padik > Lawak la hampa dua, sampai kena panggil dengan cikgu mad.

Edina > pak cik tuh suka cari pasai. hampeh.

Padik > memang buat rekod la hampa ni. dengan ketua pengawas pun hang nak cari gaduh.

Edina > perrr..cikgu mad laa! suka letak aku duty ngan wadi.

Padik > tau kat dak qerol aku chat ngan hang ni mesti dia marah.

Edina > Pasai pa lak dia nak marah ? dia kat utm kan? lama jugak tak jumpak dia.

Padik > ha'ah. dia dulu kan syok kat hang!

Edina > cerita zaman budak budak weyh..

Padik > Sampai bagi kad besday

Edina > hahhaa. dah hilang wei kad tu. bedak berterabur!

Padik > sticker nama warna oren tu hilang jugak ka?

Edina > owhhh..sticker nama aku tu? ada lagi. dah masuk album.
Edina > Wah, semua hang ingat kan pasai aku? aku tak tahu der sapa bagi sticker tu.
Edina > Dah siap ada marking love. tanya dak qerol dia kata bukan dia bagi.

Padik > Haaaaa..cantik kan sticker tu? jaga elok elok la eh didie.

Edina > Sure bro. tapi macam mana hang tau ni?

Padik > Ok la di. Nak gerak gi solat jumaat. assalamualaikum.

*offline*

semua tak tahu aku dapat sticker tu kecuali dak qerol , tu pun sebab aku tanya dia. lepas tu aku diam ja tak kepoh kepoh der keliling sekolah. teringat pesan adik hari tuh " kak, padik kirim salam rindu kat kakak " masuk pulak kata kata dak mizah..kata kata dak rosnah..wohaaa! sticker tu padik la bagi! dari aku darjah lima benda nih jadi, baru hari nih aku tahu. selepas 1o tahun. pheww~tiba tiba rasa seram sejuk. esok nak ajak ayah pindah kampung lain.


9 comments:

ayiel said...

haha lawak la sis~
siyes aku suke!hahaha
thumbs up!
lame giler dpd standrd2 smpy skang baru taw??
haha haru bet0i

dina kasyah said...

kui kui kui..i dh seram terlebih~
btw sori entri panjang berjela jela.

ayiel > thumbs up!

Anonymous said...

huhu,,,,suka2!! jom pindah kg yok!hihi

Echa said...

waaa..simpan elok2 ea sticker tue..
kekeke~

anamizu said...

"bedak berterabur" <--penah dpt gak camni!
ngeee~~

dina kasyah said...

anamizu > hahaa..stail zaman kita budak2 dulu. biasa lah taruk bedak talkum bagi harum.

echaRierie > kehkeh..berpuaka lah simpan lama2

nureenina > suka2 kenalah ketawa.hehe.tq!

m!3yr4h_LolLy said...

mak aih, baru sekarang hang tau ? aduh. kecewa si dak padik to ye. heee

ieda =.= said...

hahaha..seram la...

Anonymous said...

wah.. sweet nye.. cinta sejati lah niy?? kah3