Sunday, May 22, 2011

sedarkah kita?




bila kita rasa kita bahagia banyak benda kita kena ambik tahu sebenarnya. kau bahagia tak semestinya orang lain tengah bahagia. sambil sambil kau mencicah biskut hup seng cap ping pong cuba cuba lah kau menyelak akhbar tengok apa jadi dengan jiran sebelah kau apa jadi dengan orang kampung kau. see kau buat tak? hahahaa aku pun tak buat. cuma bilanya tadi pagi berkeinginan menggoogle benda laen aku tergoogle benda ni? simpati aku melimpah ruah. anak yatim awak. tapi itulah bila sudah ketetapanNya..kepada Allah kita kembali. memang aku lambat lah. benda ni jadi semalam tapi hari ini baru aku keluar dari bawah tempurung maaplah.

KEJADIAN TANAH RUNTUH RUMAH ANAK YATIM HULU LANGAT
HULU LANGAT 21 Mei – Seramai 13 penghuni Rumah Anak- anak Yatim dan Anak-anak Kebajikan Madrasah Al-Taqwa, Felcra Semungkis, Batu 14, di sini, maut akibat tertimbus setelah tebing sebuah bukit berdekatan runtuh dan menghempap khemah yang mereka duduki.
Sehingga pukul 1.30 pagi, operasi mencari dan menyelamat mangsa-mangsa masih diteruskan dan terdapat tiga lagi penghuni dipercayai tertimbus. Seorang mangsa tertimbus, Abang Iwan, 33, berjaya diselamatkan pada pukul 10.20 malam. Mangsa yang maut dikenali sebagai Azrel, Nael, Eqim, Zaim, Rahimi, Angah, Boboy, Zaid, Abang Farid, Shahrul, Lokman dan Hasril berusia empat tahun hingga 30-an.
Mereka terdiri daripada 12 kanak-kanak dan seorang dewasa. Ketika kejadian pada pukul 2.30 petang mereka bersama yang lain berada di dalam khemah tersebut untuk berlatih nasyid bagi meraikan kedatangan rombongan Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (Finas) pukul 5 petang. Khemah itu dipasang untuk majlis tersebut yang terletak bersebelahan tebing.


INI BUKAN AYAT AKU. serius aku tak ada bakat buat ayat macam ini. lagi gambar dan berita lanjut boleh rujuk SINI. banyak lagi sumber lain tapi salah satunya itulah. terima kasih.

oh yaa? pasal blogspot nak delete blog yang didaftar masuk selain dari gmail kau tahu? hahahaa serius aku baru tahu entah tempurung mana aku tidur. rujuk SINI. kita terjah blog cik azizah. oke terima kasih.


10 comments:

ABU said...

sedih dengar berita ni..semoga mereka tabah
al fatihah

Edina Kasyah said...

aamin ^^

aRiE niSS said...

Tuhan nak uji umat Dia kan..may Allah bless them..=)

Norfidayu said...

semoga roh mereka dicucuri rahmat.

combi said...

cedey sgt ble tau brite nie =(

nur athirah said...

ujian allah , al fatihah

ain nadzirah said...

Al-fatihah. Kesian budak-budak lagi.

my-shopping2u said...

doakan mereka...

m!3yr4h_LolLy said...

kesian sangat tgk keadaan dorang.

DeQWa said...

sedih tul lak....takziah pd keluarga mangsa...