Saturday, March 3, 2012

Erti Hidup




Kelas law hari ini macam ada lain macam. Berusaha nak hadam setiap ilmu yang tertayang dekat slide bukan benda mudah, sedikit sebanyak terbabas juga aku. Tapi mujur prof aku hebat. Kelas law dan macam kelas seni lukis. Ahh memang sempoi! tapi sempoi prof hari ini lain macam. Dari tadi ko cakap lain macam lain macam tapi tak cakap pun apa dia yang lain macam? cisciscis.

Bila prof buat lawak, kitorang gelak habis habisan tahap hinggut hinggut bahu tapi bila prof serius kitorang terus menyepi macam nak tunjuk kat prof ahhh prof cakap la sorang sorang pastu bila prof buat lawak lagi, kitorang gelak lagi dan kali ini sampai tahap tampar tampar bahu kawan sebelah punya la nak cakap kelakar giler lah kan! kemudian sepi balik =.='  mungkin situasi gelak-diam-gelak-diam itu terlalu obvious di mata prof  lalu prof pun buka cerita tentang satu isu. kenapa anda semua kena bersusah payah belajar undang undang macam ni? hambek kau..kan dah kena.

Kita penat penat menghafal fakta bermuka muka, buat research untuk esaimen siang malam, kita penat turun naik dewan kuliah, study last last minute, untuk apa sebenarnya? belum kira kena repeat paper, kena turun meeting, kena kutuk depan kuliah, kena buat presentation, kena tahan lapar, kena berbaris panjang tunggu bas, kena bangun awal pergi kelas..untuk apa kawan kawan?

Jawapan yang sama untuk semua orang. kita semua nak cari ERTI HIDUP. memang isu ni tak termaktub dalam mana mana akta tapi sebenarnya inilah yang kita dapat selepas kita belajar law atau tak kesah la apa bentuk pelajaran sekali pun tapi yang penting selepas belajar bertahun tahun sebenarnya inilah ganjaran yang kita dapat. Memang keluarnya kita nanti dengan segulung ijazah tapi sebenarnya kita dapat lebih dari itu.

Walaupun zaman study itu di rasa masam pahit masin tengik semua ada, tapi akhirnya manis juga yang akan kita rasai. Dan sebenarnya itulah yang bakal kita rindui suatu masa kelak :) berhenti merungut dan teruskan perjuangan. Mungkin bukan sekarang masa untuk kita rasai kemanisan itu tapi tunggulah waktu itu tiba, baru kau tahu langit ni tinggi ke rendah. ehh ehhh

Kita belajar ilmu kedoktoran, sebab nak tolong orang sakit, itu sudah namanya tolong menolong. Kita belajar undang undang? yeah undang undang itu perlu untuk mengatur dan menguruskan tingkah laku manusia, amat penting untuk menjaga keharmonian masyarakat. kita jadi cikgu, nak mendidik anak bangsa, kita belajar akaun nak pastikan kestabilan ekonomi alam semesta. pendek cakap, semua yang kita buat ada tujuan. Kembali ikhlaskan hati, jangan berfikir tentang wang semata, tentang pangkat, tentang nama tapi fikirlah tentang tujuan sebenar anda berada di tempat anda sekarang.

Belitkan lagi cerita, untuk apa kita tolong orang? kita ubatkan orang? kita harmonikan masyarakat? kita amankan negara? Erti hidup ini bukan terbatas hanya dengan mempraktiskan nilai nilai moral itu semata mata, tapi lebih kepada mencari bekal untuk hari esok. Apa yang kita lakukan adalah amal kita dan amal inilah yang akan jadi bekalan kita kelak. Bekalan yang akan kita bawa menemuiNya. InshaAllah..berusahalah! supaya amal itu membawa kebaikan kepada diri sendiri, orang lain juga kepada dunia dan akhirat sana. Kita tidak dilahirkan untuk mensia siakan usia begitu sahaja tapi untuk saling memberi kepentingan sesama kita. Percayalah.



Sebuah blog yang aku jumpa masa aku tengah sakan buat research pasal "erti hidup". perghh research? yeah aku bukan jenis orang yang suka main tibai je bila bercakap. Aku tak de skill menaip tanpa asas hehe.

Melihat kepada blog itu dan juga artikel artikel lain yang aku terjumpa..betul macam prof cakap..bila kita sudah kaya atau terlalu mengejar kekayaan, kita lupa insan lain yang jauh lebih merana hatta untuk sesuap nasi cuma. bersyukurlah!

p/s : tenkiu sis fatihah!



9 comments:

steffany daph said...

bacann yg menarik !! :D cari erti hidup dan identiti diri..

yana halim said...

apabila bakal lawyer mula menulis...cop! amik course law ke? hehe

Mohd Afira said...

pink itu menawan...hak2...

Romeo Laut said...

perempuan, secara dasarnya sama sahaja. tak kira apa bangsa, atau baka, tetap penuh dengan angan-angan. hahah.

fatih said...

errmm isu apa hari tu ek? da tak ingat..hehe

sorrryyy sis!

but bangga dapat masuk blog orang famous! ooww!! :P

dina kasyah said...

dah..jgn nk bt oww owwwww sgt lah!

isu apa?erti hidup ke..dah dieksplain dah tu panjang berjela jela tu haha. yang xsure nya nape akak tulis "tq sis fatihah" tu..hhaha

fatih said...

haha, ada jugak feed back, ingatkan takkan ber feedback da... ;)


err itu yg musykil, kenapa "tq..." tu ek..hmmmm

"we will never feel the happiness, selagi kita tidak memberi kebahagiaan yang kita cari" -erti hidup pada memberi! ^^

ninest123 said...

cheap oakley sunglasses, louis vuitton, kate spade outlet, oakley sunglasses, ugg boots, nike outlet, nike free, polo ralph lauren outlet, louis vuitton outlet, prada handbags, christian louboutin outlet, ray ban sunglasses, longchamp outlet, tiffany jewelry, ugg boots, chanel handbags, longchamp outlet, michael kors, louboutin pas cher, prada outlet, replica watches, nike free, louis vuitton outlet, longchamp, gucci outlet, oakley sunglasses, nike roshe run, longchamp pas cher, sac longchamp, air max, uggs on sale, tiffany and co, louboutin outlet, nike air max, louboutin, air jordan pas cher, polo ralph lauren outlet, louis vuitton, louis vuitton, tory burch outlet, nike air max, jordan shoes, ralph lauren pas cher, ray ban sunglasses, ray ban sunglasses, louboutin shoes, burberry, oakley sunglasses, replica watches, oakley sunglasses

ninest123 said...

true religion outlet, replica handbags, ralph lauren uk, tn pas cher, nike blazer, new balance pas cher, hollister, michael kors outlet, timberland, lululemon, hogan, lacoste pas cher, true religion jeans, north face, sac guess, kate spade handbags, coach purses, converse pas cher, ray ban uk, burberry outlet online, burberry, abercrombie and fitch, michael kors outlet, nike free run uk, michael kors, michael kors, air force, nike air max, hollister pas cher, michael kors, oakley pas cher, coach outlet, michael kors outlet, mulberry, vans pas cher, michael kors outlet, nike air max, nike roshe, nike air max, ray ban pas cher, hermes, ugg boots, vanessa bruno, true religion jeans, ugg boots, true religion jeans, north face, michael kors outlet, michael kors, coach outlet